≡ Menu

Tak Solat Tapi Diberi Kemewahan Berlipat Ganda Oleh Allah. Kena Faham Itulah Dugaan Besar Dalam Hidup!


Tidak dinafikan ramai dalam kalangan kita ambil ringan mengenai bab solat. Lebih-lebih lagi merasakan apa yang dihajati Tuhan berikan tanpa sebarang halangan.

Ternyata Allah beri mereka nikmat yang sangat luar basa hingga membuatkan mereka lupa kepada penciptaNya.

Namun itu sebenarnya adalah cabaran paling besar dan hebat dari Dia untuk kita sebagai hambaNya.

Sengaja Allah berikan berikan kemewahan untuk melihat adakah mereka ini akan kembali tunduk pada PenciptaNya.

Gambar sekadar hiasan
Perkongsian dari laman sosial Facebook oleh Ustaz Farid Rashidi memberi kita makna tersendiri dan keinsafan dalam diri.

“Aku tak solat, ok je. Siap maju lagi bisnes.”
“Alah, tak tutup aurat pun still sihat je aku ni.” Kata seseorang yang lain pula.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ini contoh gambaran yang selalu berlaku dalam masyarakat kitakan. Allah SWT bagi dia nikmat luar biasa. Bagi dia rezeki yang banyak. Gaji besar. Bisnes duit juta-juta. Kereta mewah. Rumah agam indah. Jarang jatuh sakit. Anak-anak berjaya hingga ke menara gading. Dapat pula melancong setiap tahun ke seluruh dunia.

BACA:  Dengan 6 Cara Inilah, Kita Dapat Membentengi Diri Kita Daripada Tipu Daya Syaitan

Semua dia dapat.
Walhal hidupnya jarang sekali dahi mencecah sejadah. Kalau pun ada, boleh dibilang jari waktu hadir solat Jumaat atau ada solat di program tertentu.

Puasa pula, yang yok bangun pagi seluk periuk. Al-Quran, jauh sekali dibaca. Maksiat itu dah jadi biasa. Zakat, sedekah jarang sangat dibuat.

Orang nasihat elok-elok dikatanya menyibuk pula.
Nauzubillahhi minzalik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang Allah kasihi, itulah yang dinamakan istidraj. Allah SWT uji dengan kesenangan, kemewahan dan kejayaan luar biasa. Leka dan ralit hingga lupa bahawa semua itu Allah SWT yang bagi padanya.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ، فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ” ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ} [الأنعام: 44]

BACA:  Solat Subuh Berimamkan Imam Yang Tidak Baca Qunut

Apabila engkau melihat Allah memberikan kepada seorang hamba berupa nikmat dunia yang disukainya padahal dia suka bermaksiat, maka itu hanyalah istidraj belaka, lalu Rasulullah membaca: (Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa) [Al An’am: 44].

Hadis riwayat Ahmad, no. 17311]

Allahu Rabbi.

Marilah sama-sama kita berpesan. Pesan pada diri sendiri sungguh-sungguh bahawa segala nikmat dan rezeki Allah SWT yang beri, bukan dari makhluk-Nya. Selalu minta pada Allah SWT supaya hati tak dibolak-balikkan.

Dan sebagai tanda sayang, share dan ingatkan saudara-saudarimu juga. Hidup ini begitulah, perlukan nasihat agar tak leka dan alpa.

Kredit Farid Rashidi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.