≡ Menu

Takutnya Usia Muda Tapi Ramai Yang Kena Slipped Disc, Doktor Jelas Punca & Cara Rawatannya!

Azabnya bila kena slipped disc. Rasa sakit tidak tertanggung, bagaikan lumpuh separuh badan.Sakit pinggang dan bahagian belakang bagai mencucuk-cucuk, serba serbi tak kena dibuatnya.

Agak membimbangkan usia masih muda, namun ramai yang menghidap penyakit ini.Mungkin atas faktor gaya hidup serta jenis rutin aktiviti yang dilakukan setiap hari menyebabkan ia terjadi.

Jemput baca perkongsian ilmu oleh Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar ini mengenai masalah Slipped Disc ini.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya “Pernah dengar pasal Slipped Disc?”

Dia jawab “Masalah tidur (sleep) ke doktor?” 😛

Slipped disc ni makin banyak kita jumpa.Boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Untuk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yang di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan untuk saraf tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.

Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain, ada struktur yang dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.

Tengok gambar anatomy disc yang di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yang dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.

Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yang menyebakan simptom SAKIT BELAKANG tu.

Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yang ada di sekitar itu pun akan ditekan / di himpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.

PUNCA:
Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut..so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat….dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.

Walaubagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara punca nya:

1.Trauma / jatuh / accident
2. Obesiti (berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc)
3.Kerja / aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok
4.Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yang akan support tulang belakang)
5.Selalu memandu, terutama jarak jauh. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.

RAWATAN:
1.Tak semua Slipped disc perlu pembedahan, majoriti perlu ambil pain killer bila sakit.

2.Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan untuk melegakan keradangan ( inflammation).

3.Physiotherapy secara berkala perlu untuk kuatkan muscle tulang belakang.

4.Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail.Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.

5.Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan untuk legakan kesakitan ( temporary), sebab muscle keliling spine yang terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yang terkeluar masuk ke tempat asal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jagalah kesihatan dan elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc ini.

Sumber:Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.