≡ Menu

Tanamkan Yakin Dalam Hati, “Jika Kita Jaga Solat Dengan Sungguh-Sungguh, Allah Akan Jaga Kita”

Di Dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Benarlah jawapan golongan tasawwuf bahawa punca solat tidak khusyuk adalah kerana hanya jasad bergerak, tetapi jantung hatinya tidak mengingati Allah.

Orang yang berjaya adalah orang yang khusyuk di dalam solatnya. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya:

BACA:  Bagaimana Istiqamah Selepas Ramadan?

“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha: 14)

Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? Rujuk Ihya’ Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).

(Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – BAYAN LINNAS SIRI KE-82)

Mahukah kita mencapai tahap golongan yang beriman?

Golongan beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya. Hati mereka kaya. Jantung hati mereka bercahaya. Cahaya dalam cahaya.

Di dalam jantung hati mereka tiada keserabutan memikirkan dunia yang menipu. Golongan yang berjaya inilah mereka yang khusyuk dalam solatnya:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Surah Al-Mu’minun:1-2)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.