≡ Menu

Tangani Serangan Anxiety Dengan Kaedah Ini. Insya’Allah

Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang remeh malah ia sememangnya perlu diberikan perhatian terutama dalam keadaan endemik Covid-19 ini.

Masalah ini boleh dialami oleh setiap peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Antara masalah kesihatan mental yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini ialah serangan kerisauan atau dikenali sebagai Anxiety Attack. 

Apabila seseorang mengalami keresahan dan kerisauan, pelbagai kemungkinan yang akan berlaku jika ia tidak dikawal dengan sebaiknya. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan serangan ini amat penting bagi mengawal tindakan individu ketika alami serangan.

Baru-baru ini, Public Health Malaysia berkongsi di laman Facebook mengenai cara-cara mencegah jika anda mengalami serangan kerisauan (anxiety attack).

BACA:  Ganjaran Besar Bagi Mereka Yang Memahami Dan Mengamalkan Dua Ayat Terakhir Al Baqarah

Tips ini adalah merupakan kaedah yang dikenali sebagai kaedah ‘grounding’ yang mampu membantu ketika individu itu berfikir terlalu jauh dan hilang kawalan. Ia juga membantu mengalihkan fikiran individu yang sedang mengalami serangan kerisauan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ramai yang mudah mengalami serangan keresahan. Tidak ramai tahu cara mengatasinya. Dibiarkan lama-lama mungkin akan menyebabkan anda menjadi stress dan kemurungan. Kami senaraikan beberapa tips untuk mencegah serangan kerisauan. Jika semakin teruk, dapatkan bantuan dan berjumpa dengan doktor tau.

Di ruangan komen, terdapat warga Facebook berkongsi penjelasan lanjut mengenai kaedah ‘grounding’ bagi mengatasi serangan kerisauan.

“Teknik tersebut sebenarnya untuk mengalihkan pemikiran kita…”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.