سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِیۤ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَیۡلࣰا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِی بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِیَهُۥ مِنۡ ءَایَـٰتِنَاۤۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡبَصِیرُ
“Maha suci zat yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati kawasan sekelilingnya, untuk Kami tunjukkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [Surah al-Isra’ 1]
#Sambungan perbincangan dan perbahasan berkaitan Israk dan Mikraj.
#Antara kepentingan solat dalam kehidupan manusia ialah:
1. Solat adalah penanda aras amalan seseorang, kualiti amal seseorang ditentukan oleh solatnya. Jika solatnya diterima, maka amalan lain juga akan diterima. Jika solatnya ditolak, maka amalan lain turut rosak.
2. Solat adalah tiang agama.
3. Solat adalah kunci syurga
4. Solat menjadi perisai kukuh yang memelihara diri kita daripada perbuatan keji dan maksiat.
5. Solat merupakan perintah terus yang dianugerahkan oleh Allah tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibril. Ini berbeza dengan kefarduan yang lain seperti puasa, zakat dan haji.
6. Solat merupakan simbol peringatan kita kepada Allah swt
7. Beroleh pahala yang lumayan. Dengan hanya menunaikan solat lima waktu sahaja, Allah swt menggandakan pahala seperti kita menunaikan solat 50 waktu.
8. Ketenangan jiwa dapat dicapai dengan solat yang sempurna sama ada dengan melengkapkan solat fardhu yang lima ataupun tambahan kepada solat-solat sunat yang lain.
9. Solat dapat mendidik jiwa seseorang mengenal hakikat ketakwaan, kesabaran, tawakkal, jihad dan berpegang bahawa hanya Allah sahajalah tempat pergantungan yang seutuhnya dalam semua urusan hidup.
10. Solat sebagai pembuka jalan atau pemudah cara yang dapat mempermudahkan rezeki kita.
#Marilah kita bersama-sama berusaha meningkatkan kualiti solat kita setiap hari agar kehidupan yang kita jalani pada hari ini akan menjadi lebih baik dan lebih sempurna serta mendapat beberkatan daripada Allah swt.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendirikan solat dengan sempurna dan menunaikannya tepat pada masanya. Aamiiin