≡ Menu

Taqwa Dan Istiqamah, Kunci Utama Beroleh Syurga. Insya’Allah

Matan Hadith
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَقَالَ: اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ وَصُومُوا شَهْرَكُمْ وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ

]سنن الترمذي , أبواب السفر , باب منه , حديث 616 , عن أبي أمامة رضي الله عنه , قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيح[

Terjemahan
Daripada Abu Umamah RA berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ketika Haji Wada’, Baginda SAW bersabda: “Hendaklah kamu bertaqwa (takut) kepada Allah SWT Tuhanmu, dan (melaksanakan yang difardhukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga (milik) Tuhanmu.” Abu ‘Isa berkata: “Ini adalah hadith hasan sahih.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 616)

BACA:  Integriti Itu Cerminan Ketaqwaan Seseorang Muslim. Jagalah Sebaiknya.


Pengajaran
Sifat taqwa adalah jalan menuju ke syurga dan merupakan syarat masuk ke syurga. Taqwa yang dimaksudkan adalah melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan ke atas setiap Muslim merangkumi solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta dan mentaati pemimpin.
Bagi mencapai sifat taqwa, ianya perlu disertai dengan sifat istiqamah dalam setiap amalan kebaikan di dunia kerana ia merupakan penyebab kejayaan di akhirat.
Natijah sifat taqwa dan istiqamah ini ialah Allah SWT akan menganjari dengan syurga yang kekal abadi selama-lamanya.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.