≡ Menu

Tatkala Ujian Datang Menimpa, Laksanakan Tugas Kita Sebagai Saudara Islam

UJIAN ALLAH DAN PERSAUDARAAN ISLAM

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Marilah kita teliti firman Allah Ta’ala:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (١٠) [سورة الحجرات : ١٠]

(Maksudnya): Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Betapa eratnya hubungan persaudaraan dalam kalangan orang-orang yang beriman disifatkan lebih daripada hubungan baka dan keturunan, laksana satu jasad. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى. [رواه البخاري ومسلم]

(Maksudnya): Perumpaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit dan demam.

Begitulah eratnya hubungan dalam kalangan orang-orang Islam, laksana tubuh yang satu dalam satu anggota, bersimpati antara satu sama lain. Hari ini kita telah diuji oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam hubungan persaudaraan ini. Yang pertama, saudara kita di Palestin yang mengalami ujian yang sangat dahsyat, di mana rumah-rumah mereka diroboh dan mereka dihalau dari kampung halaman oleh pendatang-pendatang haram yahudi yang menubuhkan negara haram. Sudah ramai yang gugur syahid mempertahankan rumah, kedai, kebun dan kampung mereka. Ada yang luka-luka dan hidup di khemah-khemah.

BACA:  5 Tahun Pertama Perkahwinan. Ujian Dan Cabaran Yang Suami Perlu Peka.

Yang kedua, kita mendengar berita gempa bumi yang dahsyat menimpa Turki dan Syria sehingga mengorbankan lebih 40,000 orang dan berjuta-juta tinggal dalam keadaan tidak ada rumah, hanya tinggal di khemah-khemah sahaja. Keadaan ini benar-benar menguji persaudaraan kita yang mewajibkan kita bersimpati, apatah lagi disebut oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ. [رواه مسلم]

(Maksudnya): Sesiapa yang menghilangkan satu kesulitan seorang mukmin yang lain daripada kesulitannya di dunia, nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya satu kesulitan pada hari kiamat. Sesiapa yang meringankan orang yang kesusahan (dalam hutangnya), nescaya Allah akan meringankan baginya (urusannya) di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi ‘aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi ‘aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan sentiasa menolong hambaNya, selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya. Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid), membaca kitab Allah, saling mengajarkan di antara mereka. melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh para malaikat serta Allah akan menyebut-nyebut mereka di hadapan mahkluk yang berada di sisiNya. Sesiapa yang lambat dalam beramal, sesungguhnya garis nasabnya tidak akan dapat membantunya.

Marilah kita mengambil kelebihan-kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan RasulNya Shallallahu ‘alaihi wasallam serta menunaikan kewajipan-kewajipan persaudaraan Islam untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian itu dan kita merasai simpati sama-sama serta mendoakan mereka yang meninggal dunia berada dalam rahmat Allah dan diletakkan ke dalam Syurga dengan diampunkan dosa-dosa mereka. Kita mendapat kelebihan sabar menghadapi ujian itu bersama-sama sabar dengan mereka itu dan menolong mereka.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ٢٠٠ [سورة آل عمران : ٢٠٠]

(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.