≡ Menu

Tazkirah Tentang Iri Hati. Ketahui Doa Membendung Perasaan Dengki

“Aku tak boleh lah tengok dia selalu dapat macam-macam”

“Benci betul tengok semua orang suka dia”

Anda pasti tahu apa maksud di sebalik ayat-ayat dia atas. Ya, cemburu atau dengki. Dalam istilah Arab ia disebutkan sebagai perasaan hasad. Mari kita fahami dahulu apa makna hasad.

1. Membenci Dan Tidak Suka Keadaan Baik Yang Ada Pada Seseorang

Kata Ibnu Taimiyah rahimahullah;

الْحَسَدَ هُوَ الْبُغْضُ وَالْكَرَاهَةُ لِمَا يَرَاهُ مِنْ حُسْنِ حَالِ الْمَحْسُودِ

“Hasad adalah membenci dan tidak suka terhadap keadaan baik yang ada pada orang yang dihasad.” (Majmu’ah Al-Fatawa, 10:111)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Menginginkan Nikmat Hilang Daripada Orang Lain

Syaikh Musthafa Al-‘Adawi menerangkan bahawa:

الحَسَدُ هُوَ تَمَنَّى زَوَالَ النِّعْمَةِ عَنْ صَاحِبِهَا

“Hasad adalah menginginkan hilangnya nikmat yang ada pada orang lain.” (At-Tashiil li Ta’wil At-Tanziil Juz ‘Amma fii Sual wa Jawab, m/s 720)

Melalui penerangan maksud di atas, maka kita dapat fahami bahawa perasaan hasad merangkumi dua perkara iaitu perasaan benci/tidak suka dan menginginkan nikmat yang ada pada orang lain hilang.

Pada zaman sekarang, cukup mudah untuk kita terjerumus ke dalam perangkap rasa hasad. Satu pihak suka menunjuk-nunjukkan semua benda yang diperoleh, manakala satu pihak lagi suka mengambil tahu perihal cerita dan hidup orang lain. Hati-hati kerana yang menunjuk mungkin dihinggapi rasa bangga diri, manakala yang melihat pula menyimpan rasa dengki kepada apa yang dipunyai.

BACA:  Adakah Talak Jatuh Dengan Hanya Berniat? Ini Penjelasan Mufti

Tidak dinafikan, ada yang rasa hasad dengki tanpa diminta. Seolah-olah perasaan itu datang tiba-tiba – mungkin kerana layanan dan pemberian yang diberikan tidak sama, lebih-lebih lagi jika melibatkan ahli keluarga. Hati benar-benar ingin membuang perasaan dengki tetapi tidak tahu cara.

Sebab Hasad Dengki Bertambah

Kadang-kadang, rasa hasad dengki semakin membesar kerana kita kerap mengulang-ulang dalam minda suatu peristiwa atau apa yang kita lihat. Memori yang diulang-ulang akan menjadi lebih kuat dan akan tersimpan lama. Dari satu pemikiran ia bercambah kepada pemikiran-pemikiran lain.

Selain itu, rasa hasad dengki juga boleh menjadi kuat jika kita tertumpu melihat hanya pada satu sudut pandang, tanpa kita sedar mungkin ada sebab-sebab lain yang membuatkan perkara itu terjadi.

Doa Yang Boleh Dibaca Untuk Membendung Hasad Dengki

Allah telah mengajarkan suatu doa yang indah daripada Al-Quran, yang berbunyi:

BACA:  Golongan Ini Wajib Membayar Fidyah Puasa. Ketahui Golongan-Golongan Ini


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

(Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.)  (Surah Al-Hashr 59:10)

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.

Sesetengah daripada kita mungkin memilih untuk merenggangkan diri daripada orang yang tidak disukai kerana bimbang perasaan hasad dengki semakin membesar. Dalam waktu kita bersendiri, pujuklah hati untuk meyakini bahagian rezeki yang telah diperuntukkan oleh Allah buat diri kita dan orang lain. Tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang.

“Tak apa, itu bahagian rezekinya di dunia. Kita ada bahagian rezeki kita sendiri”.

Semoga kita terus kuat memerangi hasad dengki yang bersarang di hati.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.