≡ Menu

Pesan Adam Corrie, Betulkan Dulu Niat Berkahwin Kerana Allah Bukan Kerana Makhluk & Nafsu


Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Dalam sebuah perkahwinan yang dibina tentunya ada ujian dan cabaran yang perlu dilalui. Tinggal hanya bagaimana kita mengendalikan sebuah perkahwinan itu dengan baik atau pun sebaliknya.

Berikut perkongsian Adam Corrie.

Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga.

Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. Jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Reda Allah yang kita minta.

BACA:  Jika Suami Ada 26 Tanda Ini, Elok Sangatlah Isteri Diam-diam Rahsiakan Duit Simpanan

DUGAAN RUMAH TANGGA

Dugaan rumahtangga memang banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ada ketikanya dulu, kami diuji dengan tiada zuriat. Ramai yang cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.

Kebahagian rumah tangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita.
Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.

BACA:  Awas!! Suami Perlu Berhati-hati Jika Isteri Turut Bekerja Tanggung Belanja Rumah, Ini Sebabnya

Alhamdulilah selepas 10 tahun melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa..

SEMAI CINTA IKUT SYARIAT

Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dengan syariat. Jangan biarkan ia suram.
Cintalah pasangan kita setiap masa keranaNya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya.

Sumber kredit: Adam Corrie

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.