≡ Menu

Tegur Kesilapan, Laksanakan Amar Makruf Dan Nahi Munkar Sepenuh Jiwa

Menegur Kesilapan

Seringkali kita lihat kemungkaran yang berlaku di hadapan namun kita tiada keberanian untuk memperbetul atau menasihati. Berbeza dengan kebaikan, mudah sahaja kita mengajak dan mempromosikan kepada orang ramai.

Tindakan menegur kesilapan adalah amalan mulia dalam memperbaiki mutu kehidupan seseorang atau sesebuah organisasi. Rasulullah SAW meminta agar setiap kemungkaran segera dihentikan.

Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.” Riwayat Muslim (49) dan Ahmad (11514)

BACA:  Gempa Bumi Kuat Gegar Pulau Bali, Dilaporkan Ada Kematian

Firman Allah SWT:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ

Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru pada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar. (Surah Ali Imran: 104)

Harus diingat, teguran dilakukan bukan hanya pada orang bawahan atau rakyat semata-mata. Teguran terhadap kezaliman, ketirisan, kebobrokan dan kemaksiatan meliputi setiap lapisan masyarakat. Setiap daripada kita layak menegur dan ditegur atas semua salah laku dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya.

BACA:  4 Tumbuhan Ini Boleh Mengurangkan Gangguan Makhluk Halus Dan Sihir. Insya'Allah Boleh Ikhtiar

Sebagai rakyat yang baik dan bertanggungjawab, teguran kepada pemimpin adalah satu kewajipan yang mesti dilakukan. Pemimpin pula jangan pernah sombong dan angkuh untuk mendengar rintihan rakyat.

Satu kata-kata yang wajar direnungi;

“Jika engkau mendapati ada segolongan manusia yang terlalu sibuk berbicara tentang kesalahan dan ‘dosa’ rakyat marhaen yang dizalimi berbanding ‘jenayah’ dan kesalahan pemimpin yang zalim, ketahuilah sesungguhnya dia ini sama ada seorang jahil yang tidak faham, atau seorang bengap yang tidak berhati perut, atau seorang pengecut yang bersembunyi di sebalik putar belit dalam berkata-kata.”

—Muhammad Mukhtar Syinqiti

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.