≡ Menu

Telan Anak Ikan Haruan Hidup Lepas Beranak ‘caesar’ Ikuti Penjelasan Doktor Ini

Timbul satu petua di laman sosial berkenaan makan anak ikan haruan secara hidup-hidup untuk wanita bersalin caesar. Cuba anda bayangkan meneguk secawan air yang penuh dengan ribuan anak ikan haruan di dalamnya? Geli bukan!

Berikutan itu, Doktor Rusyainie Ramli melalui laman facebooknya tampil membidas kenyataan itu yang disifatkan sebagai tidak cerdik.

TELAN ANAK IKAN HARUAN HIDUP-HIDUP?

Ya Allah. Nak kembali ke zaman batu ke adik oi? Zaman di mana manusia tak tahu gunakan api, makan semua mentah saja? Tahu ke tak, tu anak-anak ikan? Geli wei!

Akak tak tahu apalah yang adik-adik bawang ni kalut sangat bab beranak dengan kaedah Caesarean ni. Rilek boleh tak? Tak payah lah nak jadi gelabah tak tentu arah. Bawa mengucap kalimah syahadah. Beristighfar panjang ok. Nilah akibatnya dok dengar cakap orang. Orang mana? Orang tu pun bukan dalam bidang dia. Tak ada kelayakan pun. Mulut dia pot pet pot pet macam lah dia pandai sangat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

TIDAK ADA PANTANG MAKAN untuk kalian yang bersalin secara pembedahan ni. Kecuali kalian memang punya alahan terhadap makanan tertentu. Tak payah lah dok dengar segala petua yang konon-konon tok nenek moyang kita cakap. Kita ni dah sekolah tinggi, belajar bab zat makanan kat Tahap 1 masa sekolah rendah, tapi alih-alih bila besar jadi tak cerdik dah kenapa.

BACA:  Rugi Kalau Tak Makan. Walaupun Murah Khasiat Kobis Bukan Calang-Calang

Untuk luka Caesarean tu sembuh, kita memerlukan makanan yang berkhasiat dan wajib ada

1. Karbohidrat

2. Protein – ikan, ayam, daging, telur, susu. Protein sangat penting untuk proses penyembuhan.

3. Sayur dan buah – tidak ada istilah sejuk atau panas. Semua sayur dan buah boleh makan kerana mengandungi vitamin-vitamin, garam mineral dan juga serat.

Jumlah kena berpada-padalah. Apa-apa pun kalau berlebih-lebihan memudaratkan.

Perasan tak, pola makan yang akak sebut kat atas tu, sebenarnya pinggan sihat Malaysia? Yang kita ni kena amalkan sepanjang hayat kita. Bukan waktu-waktu tertentu. Cara makan ni adalah gaya hidup yang kita kena amalkan sentiasa.

Tak payah lah nak ambil segala suplemen bagai untuk sembuhkan luka tu. TAK PAYAH! Jangan dok sebut segala nama produk yang bersepah kat pasaran tu. Ingat akak ni tuan punya toko jamu ke? Kalau doktor bertauliah, berlesen dan beretika nasihatkan untuk ambil apa juga vitamin ke apa, pastikan kita tahu apa tujuannya dan dia kena pantau.

JAMU LAGILAH TAK PAYAH. Jenama apa pun tak payah. TAK PAYAH. Faham ke tak? Sebab TAK ADA KAJIAN SAINTIFIK yang buktikan jamu tu ada bagi kesan pun. Silap hari bulan barai organ dalam tu. Yang ada kelulusan KKM pun tak perlu. Degil nak makan juga sebab duit berkepuk tak tahu nak buat apa? Pergi jumpa doktor. Dapatkan nasihat dia.

BACA:  Mati Mengejut Ketika Bersukan. Ini Yang Anda Perlu Alert

PERINGATAN PENTING!

Silakan ke klinik berhampiran segera sekiranya kalian mempunyai simptom seperti berikut pada luka pembedahan:

1. Pendarahan dari tempat jahitan yang tidak mahu berhenti.

2. Nampak kawasan luka semakin membengkak atau menjadi kemerah-merahan yang meragukan.

3. Ada seperti nanah atau cecair berbau yang tidak menyenangkan meleleh keluar dari tempat jahitan.

4. Demam

5. Sakit yang teramat sangat berbanding sebelumnya.

TOLONG TERUS KE KLINIK kalau kalian merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tak payah dok tanya kat FB tahap sampah macam IIH dan KIMM.

Akak dah pernah tulis pasal jangkitan kuman pada luka pembedahan. Bacalah ya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215182370783231&id=1551720152

Ni dah zaman 2018. Kenapa akak rasa kita makin mundur ke zaman belum merdeka ni? Susah lah nak cakap dengan adik-adik bawang yang ada penyakit bebalitis dan bawangitis ni. Suka sangat jadi mak turut macam kena cucuk hidung dan buat kerja sia-sia.

AKAK DOKTOR YANG DAH TAK LARAT TENGOK ADIK BAWANG TAK BIJAK

Kedua-dua anak akak yang dah besar tu lahirnya pun ikut tingkap.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.