≡ Menu

Terapkan Sifat Mahmudah. Jauhi Pembaziran Yang Jelas Amalan Syaitan

Ketika negara dilanda musibah COVID-19, amalan pembaziran dilihat berlaku dalam masyarakat. Tajuk akhbar seperti peniaga buang durian satu tan menjadi tular dalam minggu ini.

Tidak dilupa isu pembuangan sayur-sayuran oleh petani di Cameron Highlands hingga ratusan tan beberapa minggu lalu, meruntun hati masyarakat khususnya golongan susah yang terputus keperluan harian akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Amalan pembaziran ini sangat bertentangan ajaran Islam seperti firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang melakukan pembaziran ialah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk sangat kufur kepada Tuhannya.” (Al-Isra’: 27)

Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan suka menderma serta membantu sesama manusia. Dalam isu Palestin dan Syria misalnya, ratusan juta ringgit disalurkan setiap tahun. Terkini, Ebit Liew dilantik sebagai Duta Muhibbah ke Palestin antara ikon kebajikan masyarakat di negara ini dan dunia.

Sikap mahmudah ini perlu ada dalam diri setiap warga supaya amalan pembaziran dapat dijauhi hingga menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan melazimi sunnah Rasulah SAW.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Seorang sahabat RA pernah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apakah sedekah paling besar pahalanya?” Baginda menjawab: (Sedekah paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan.” (Hadis riwayat Bukhari)

BACA:  Terkeliru Wajib Dan Fardhu? Ini Penjelasan Mufti

Lambakan barangan berasaskan makanan ketika musibah perlu diuruskan sebaik mungkin supaya boleh dimanfaatkan kepada golongan memerlukan khususnya miskin tegar dan kategori B40.

Pelbagai pihak seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sanggup memikul amanah mengagihkan barangan terbabit kepada pengguna dengan efisien dan sistematik.

Sejak kempen kibar bendera putih minggu lalu sebagai inisiatif bantuan golongan terkesan COVID-19, kita lihat demi kelangsungan hidup, golongan terkesan ini sanggup mengetepikan perasaan malu demi keluarga akibat terputusnya keperluan harian.

Walaupun isu ini dipolitikkan, kita perlu berlapang dada meraikan sebarang bentuk inisiatif membantu rakyat susah asalkan bantuan sampai kepada mereka dengan kadar segera bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini seperti bunuh diri.

BACA:  Sayur-Sayuran Ini Kaya Dengan Khasiat Tersendiri. Rugi Kalau Kita Tak Makan.

Penulis teringat kepada khutbah ringkas tokoh ulama sufi terkenal, Sheikh Abdul Qadir al-Jailani: “Satu suap engkau masukkan ke dalam perut orang lapar lebih baik daripada membangun seribu masjid Jami. Dan lebih baik daripada memberi kiswah Kaabah dengan kain sutera. Dan lebih baik daripada orang qiamulail dan rukuk. Dan lebih baik daripada berjihad melawan kekafiran dengan pedang terhunus. Dan lebih baik daripada berpuasa sepanjang tahun waktu panas.”

Hakikatnya, kita perlu berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya termasuk pembaziran, lebih-lebih lagi semasa diuji dengan wabak COVID-19. Banyakkan amalan bersedekah dan elakkan amalan pembaziran walaupun kita tidak terkesan dengan situasi semasa kini.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berkurang harta dengan kita melakukan sedekah.” (HR Muslim) Bersyukurlah terhadap segala nikmat-Nya dan Allah SWT pasti akan menambahnya, sebaliknya jika kita kufur, azab Allah SWT amatnya pedih.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.