≡ Menu

Terlalu Dimanja Sehingga Melawan, Cegah Anak-Anak Jadi Kurang Ajar Dengan Didikan

IBU bapa merupakan individu yang telah banyak berkorban untuk kehidupan kita. Pengorbanan mereka tidak dapat dibalas walaupun dihadiahkan segunung emas permata, ia tetap tidak akan dapat menyamai kasih sayang ditaburkan.

Seorang ibu pula telah bersusah payah mengandung sehingga melahirkan anak kemudian membesarkan anak-anak tersebut seperti firman Allah di dalam surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Pengorbanan yang tidak terhingga inilah yang menyebabkan Allah memerintahkan supaya anak-anak mematuhi perintah ibu ayah dan jangan menyakiti hati mereka sehinggakan menggunakan perkataan ‘uuhhh’ yang boleh menyebabkan hati mereka tergores tidak dibenarkan dalam Islam.

Mutakhir ini ramai anak yang melawan, membangkang dan ada yang sampai menghina ibu bapa mereka sehingga memukul mereka.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’ ayat ke 23 dan 24: (23) Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada mereka, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

 

Pendapat Al-Hafiz Ibnu Hajar mengenai ‘ibu melahirkan tuannya’ mengisyaratkan bahawa akan banyaknya penderhakaan manusia kepada ibu mereka sendiri, di mana anak-anak akan melayan ibu mereka seperti mana seorang tuan melayan hambanya.

(24) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Namun begitu mutakhir ini ramai anak yang melawan, membangkang dan ada yang sampai menghina ibu bapa mereka sehingga memukul mereka.

BACA:  Hayatilah Ibadah Qurban Dengan Sepenuh Jiwa. Insya'Allah Ibadah Kita Diterima

Dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah: Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat. Nabi menjawab: Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Maka Jibril bertanya lagi: Khabarkan kepadaku tentang tanda-tanda kiamat. Maka Nabi SAW menjawab: (Antara tandanya ialah) apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya… – [HR Muslim 8].

Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak agar tidak bersikap buruk.

Pendapat Al-Hafiz Ibnu Hajar mengenai ‘ibu melahirkan tuannya’ mengisyaratkan bahawa akan banyaknya penderhakaan manusia kepada ibu mereka sendiri, di mana anak-anak akan melayan ibu mereka seperti mana seorang tuan melayan hambanya.

Gambaran ini sudah jelas kelihatan apabila anak-anak dalam keadaan sedar atau tidak menjadikan orang tua masing-masing seperti pembantu rumah dengan membuat kerja-kerja memasak, membasuh, mengasuh cucu dan lain-lain.

Walaupun pada satu ketika ibu melakukan perkara itu secara sukarela, demi membantu anak-anaknya yang bekerja namum perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadikan ibu kandung sendiri sebagai orang gaji mereka.

Baru-baru ini ada dalam kalangan anak-anak yang menghalang perkahwinan ibu atau bapa mereka yang mahu bernikah lagi. Ini kerana mereka menganggap bahawa ibu atau ayah mereka tidak patut untuk berkahwin lain dan cukup hanya menumpukan perhatian kepada anak-anak yang ada.

Sebagai seorang anak kita perlu faham akan keperluan ibu ayah kita. Mereka juga memerlukan kepada teman hidup untuk diajak berbual, bersenda gurau dan juga untuk sama-sama saling bantu membantu dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah.

BACA:  Hukum Membuat Lesung Pipit Tiruan. Apakah Hukum Dari Sisi Islam

Janganlah disebabkan kita sebagai seorang anak maka ibu terpaksa tunduk dan patuh kepada arahan kita. Maka apa yang perlu dilakukan ialah:

1. Berbincanglah dengan ibu atau bapa

Dalam Islam, langkah berbincang sangatlah dianjurkan, kerana hal tersebut memberikan kebaikan bagi yang melakukannya. Firman Allah di dalam Surah Al Imran ayat 159 yang menganjurkan agar umat Islam melakukan musyawarah: “bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.”

Maka kata ulama, seseorang yang memulakan perbincangan akan sesuatu masalah maka ia akan dimudahkan dalam segala urusan.

Oleh kerana itu, seorang anak yang tidak bersetuju ibu atau ayahnya berkahwin lagi maka jalan yang terbaik adalah dengan berbincang dan memberi ruang kepada ibu dan ayah untuk menjelaskan keadaan diri mereka sendiri.

Ajarlah anak melakukan solat dari umurnya 7 tahun.

2. Lakukan solat sunat Istikharah

Selepas perbincangan maka dianjurkan untuk melakukan solat istikharah. Solat istikharah adalah satu cara untuk memohon petunjuk dan jalan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dihadapi.

Ia adalah satu sunah yang diajarkan oleh Nabi saw kepada umatnya.

Firman Allah di dalam Surah Al Imran ayat 159: Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal.

Tidak akan rugi bagi mereka yang memulakan dengan perbincangan anak beranak kemudian diakhiri dengan solat istikharah. Ini kerana manusia tidak akan mengetahui mana satu perkara yang terbaik buat diri mereka.

Oleh sebab itu pergantungan kepada Ilahi adalah satu kewajipan bagi seorang muslim.

Sebagai seorang anak sepatutnya kita lebih memahami keadaan ibu atau ayah dan janganlah disebabkan perbuatan kita yang suka menyakiti hati mereka menyebabkan kita kehilangan salah satu pintu syurga iaitu pintu berbuat baik kepada ibu bapa.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.