≡ Menu

Tiada istilah ‘rezeki terpijak’ dlm Islam.Ini hukum terjumpa duit/harta tercicir.


PIHAK yang menjumpai barang tercicir yang tidak diketahui pemiliknya perlu mengambil tanggungjawab dan amanah untuk memulangkan kepada tuannya atau menyimpan barang itu sehingga menemui pemiliknya.

Namun, andai barangan yang dijumpai itu mudah rosak seperti makanan, maka individu yang menjumpainya boleh menggunakan atau memakannya, tetapi dengan syarat bersedia membayar harga nilai barangan itu jika dituntut tuannya nanti.

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Sukki Othman, berkata masyarakat tidak boleh ambil mudah dengan membuat keputusan sendiri kerana terdapat mekanisme atau kaedah menguruskan barang yang dijumpai disebabkan tercicir.

“Merujuk hukum menjumpai atau memungut barang yang tercicir, kita boleh ambil jika berasakan diri amanah serta berniat hendak memulangkan kepada tuannya. Jika kita rasa diri tidak amanah, maka jangan ambil.

Sedia bayar jika pemilik tuntut

“Bagi barang yang mudah rosak seperti makanan, individu berkenaan boleh mengambil dan memakannya tetapi hendaklah bersedia membayar harga makanan itu jika dituntut oleh pemiliknya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebabnya, jika dibiarkan dikhuatiri barang itu akan rosak. “Pihak yang menjumpai barang tercicir perlu memastikan bentuk sebenar barangan itu, mengumumkan kepada orang ramai selama tempoh satu tahun, menyimpan jika tiada yang menuntut dan mengembalikan apabila ada pemilik menuntutnya,” katanya

Dalam kejadian di FELDA Selendang, Rompin, beberapa penduduk menyembelih seekor lembu seberat 300 kilogram (kg) yang patah kaki akibat kema la ngan selepas tiada siapa mengaku haiwan itu milik mereka.

Alasan penduduk, mereka tidak mahu membiarkan lembu itu mathi kesakitan, manakala daging yang sudah disemelih itu diagih kepada orang yang melapah dan kenalan terdekat mereka

Mengulas perkara itu, Mohd Sukki berkata, sewajarnya mereka yang menjumpai lembu berkenaan mengisytiharkannya untuk mencari pemilik haiwan itu kerana setiap barang sudah pasti ada tuannya.

BACA:  Hati Gelisah Dan Rasa Malas Menyelubungi Diri. Amalkan Surah Ini

“Kejadian berlaku di kawasan kampung, jadi tidak munasabah lembu itu tiada pemiliknya. Namun, penduduk hendak selamatkan daripada lembu itu menjadi bangkai.

“Oleh itu, mereka yang mengambil daging berkenaan hendaklah bersedia membayar harga daging terbabit jika tuannya membuat tuntutan,” katanya.

Bolehkah ambil duit yang tercicir
SUDAH jatuh ditimpa tangga, itu yang boleh dikatakan kepada pemilik wang syiling RM75,000 yang mengalami kema la ngan di Kilometer 244 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas beberapa tahun lalu

Berdasarkan laporan akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu menghentikan kenderaan mereka, sebahagiannya bukan untuk menolong mengutip dan mengembalikan wang yang bertaburan itu, sebaliknya mengambil dan melarikan semua wang syiling yang dikutip.

Tentunya penghargaan wajar diberi kepada mereka yang datang membantu tetapi bagi yang mengambil kesempatan melarikan wang terbabit, kejadian seperti ini sangat mendukacitakan dan jelas memperlihatkan betapa rakusnya nafsu keinginan kepada wang.

Mereka sama sekali tidak mengendahkan persoalan hukum. Demikian amaran Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan sampai satu zaman di mana manusia tidak lagi menghiraukan daripada sumber mana diperoleh hartanya, sama ada daripada yang halal atau yang haram.” (Riwayat Al-Bukhari) Lebih teruk daripada itu, tiada lagi rasa ‘malu’ dan hiraukan kece de raan tuan punya wang yang berada di tempat sama.

Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan diri sehingga dilaporkan ada yang mengutipnya di tengah-tengah lebuh raya, sehingga akhirnya pihak berkuasa terpaksa menutup laluan bagi memastikan tiada kemalangan nyawa akibat kerakusan itu.

Dalam Islam, setiap harta yang dijumpai dan tidak diketahui pemilik, tidak boleh kita nikmati sebelum melalui proses tertentu.

Harta yang ditemui tanpa diketahui pemilik dinamakan ‘Luqatah’ di dalam ilmu Fiqh Islam.

Rasulullah SAW menyatakan bahawasanya: “Barang siapa menjumpai sesuatu harta, wajiblah dia memaklumkannya (bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya.

“Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya, wajib dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi dikira milik Allah SWT dan boleh disedekahkan kepada sesiapa yang diingini.” (Riwayat Abu Daud) Imam Al-Khattabi menghuraikan, ia hanya boleh dimanfaatkan oleh yang menjumpainya setelah mencari pemiliknya dalam tempoh satu tahun. (Aunul Ma’bud, 101) Itu perbincangan hukum menjumpai harta dan panjang lagi perbincangannya dalam mazhab Fiqh Islam, cuma dapat kita lihat betapa Islam mengajar umatnya supaya sentiasa peka dan berhati-hati dalam apa juga harta yang diterima.

Malah yang dijumpai pun belum tentu boleh dimanfaatkan, apatah lagi untuk menganggap ia sebagai ‘rezeki terpijak’ atau ‘durian runtuh’.

Jika demikian disiplin Islam dalam hal harta yang dijumpai, tentulah Islam sangat melarang sesiapa juga mengambil kesempatan menchori, meruumpak dan melarikan wang yang tercicir akibat ke ma la ngan sedang diketahui tuannya dalam kesakitan.

Justeru, saya ingin menasihatkan individu yang mengutip dan melarikan wang tercicir dalam kemalangan di lebuh raya itu supaya segera bertaubat dan memulangkan wang terbabit kepada pemiliknya walau ia bernilai beberapa ringgit.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menakutkan Muslim yang lain, dan apabila seorang daripada kamu mengambil hak milik saudaranya yang lain, wajiblah dia memulangkannya kembali.” (Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud) Rasulullah SAW juga mengingatkan: “Tidak halal harta yang dimiliki oleh seseorang Muslim (untuk diambil oleh orang lain) kecuali diizinkan olehnya.” (Riwayat Ahmad) Tanpa memulangkan kembali, ia bakal menjadi satu beban di dalam ku bu ran kelak. Ia jelas wang yang haram digunakan oleh mereka dan perlu disedari dosa tindakan itu berganda-ganda kerana sebab yang dinyatakan di atas.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.