≡ Menu

Tidak Akan Sesat Jika Berpandukan Al-Quran. Rujuklah Al-Quran Pada Zaman Serba Moden Ini

Al-Quran adalah puncak bagi segala mukjizat yang dikurniakan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Bagi menyelami keindahan dan keluasan ilmu al-Quran, maka ia perlu didekati dan dibaca dengan penuh ta’zim lagi tahrim (penghormatan).

Keagungan al-Quran disampaikan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab yang baharu dan dizahirkan dengan jelas, gaya bahasa menakjubkan sehingga tidak mungkin sama sekali dapat dikelirukan atau dicampur aduk dengan hasil khayalan manusia.

Oleh sebab itu, hanya dengan satu lafaz sahaja sudah memadai untuk mengingatkan manusia mengenai kebesaran dan keluasan sifat Rahmat Tuhan. Keagungan al-Quran dengan susunan bahasa luar biasa mendorong seorang Arab Badwi bersujud walaupun belum memeluk Islam kerana terlalu asyik dan terpegun mendengar kalimah dibacakan di hadapannya.

Ini berlaku selepas hamba Allah ini mendengar ayat ke-44 Surah al-Hijr bermaksud; “Oleh itu, secara berterus-terang sampaikan apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad)”.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.