≡ Menu

Tidak Sempurna Iman Seseorang Jika Tidak Tahu Hari Kiamat. Ini Petanda-Petanda Hari Kiamat

Apakah yang dimaksudkan dengan hari Kiamat? Apakah pula tandanya?

Beriman kepada Hari Kiamat adalah Rukun Iman yang kelima yang wajib dipercayai oleh setiap orang Islam.

Rukun iman ada enam perkara iaitu;

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada Kitab
  4. Beriman kepada Rasul
  5. Beriman kepada hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qadak dan Qadar

Hukum beriman kepada hari Kiamat dan percaya kepada rukun Iman adalah wajib bagi setiap Muslim.

Pengertian Hari Kiamat

Hari Kiamat adalah hari kemusnahan dunia. Hari kiamat juga dikenali sebagai hari Akhirat di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya di atas perbuatan yang dilakukan oleh mereka semasa di dunia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ketika berlakunya hari kiamat, seluruh alam dan cakrawala akan musnah. Segala kehidupan di dunia ini akan berakhir secara keseluruhannya.

BACA:  Khasiat Lobak Putih, Walaupun Kadang-Kadang Rasa Pahit!

Dalil Tentang Hari Kiamat

Firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk Ayat 25;

Maksudnya:

Dan mereka (yang ingkar) berkata: “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?”

Tanda Hari Kiamat

Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Tanda kecil hari Kiamat
  2. Tanda besar hari Kiamat

Tanda Besar Hari Kiamat

  1. Munculnya Dajjal
  2. Keluarnya Dabbah (al-Dabbah adalah sejenis binatang yang akan keluar di akhir zaman (apabila manusia dalam keadaan yang jauh daripada agama)
  3. Kemunculan Imam Mahdi
  4. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  5. Terbitnya matahari dari sebelah Barat
  6. Keluarnya asap dari permukaan bumi
  7. Penduduk bumi ramai yang tidak beriman
  8. Al-Qur’an diangkat ke langit daripada mushaf
  9. Turunnya nabi Isa untuk menghapuskan Dajjal

Nama-nama lain Hari Kiamat

Terdapat beberapa nama lain hari kiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur’an iaitu:

Bil Bahasa Melayu Bahasa Arab
1. Negeri Akhirat (Ad Darul Akhirah) الدار الأخرة
2. Tempat Kembali (Darul Qarar) دار القرار
3. Waktu (As-sa’ah) الساعه
4. Hari Kebangkitan (Yaumul ba’ats) يوم البعث
5. Hari Pembalasan (Yaumul ad-din) يوم الدين
6. Hari Perhitungan (Yaumul Hisab) يوم الحساب
7. Hari Penyesalan (Yaumul hasrah) يوم الحسرة
8. Hari Yang kekal (yaumul Khulud) يوم الخلود
9. Hari Yang dijanjikan (Yaumul Wa’id) يوم الوعيد
10. Hari Berkumpul (yaumul Jama’) يوم الجمع

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.