≡ Menu

Tiga Ayat Sahaja, Tapi KaifiatNya Sangat Luar Biasa. Ini Fadhilat Surah Al-Kautsar

Surah Al-Kautsar adalah surah yang paling pendek yang diturunkan oleh Allah SWT. Ia hanya mengandungi tiga ayat sahaja. Al-Kautsar bermaksud sebatang sungai yang mengalir di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Warnanya lebih putih daripada susu,rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini diturunkan ketika baginda Nabi Muhammad SAW sedang bersedih atas kewafatan dua orang yang sangat dikasihinya iaitu anak lelaki Ibrahim dan bapa saudara Abu Talib. Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW.

KELEBIHAN SURAH AL-KAUTSAR JIKA DIAMALKAN

Pelbagai khasiat dan penawar terkandung di dalam surah ini yang mana boleh kita amalkan. Bagaimana nak diamalkan? Teruskan membaca.

BACA:  Hukum Terlelap Sekejap Ketika Solat
Surah Al kautsar

1. Baca surah ini sebanyak 71 kali jika anda merasakan diri anda teraniaya, INSYAALLAH akan beri pertolongan oleh Allah kepada yang dizalimi atas kehendakNya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Ketika ketiadaan air dan anda di dalam, bacalah dan gosokkan di leher. INSYAALLAH akan hilang atau kurang rasa dahaga atas kehendakNya.

3. Jika mata anda terasa sakit, gatal, bengkak atau berair bacalah sebanyak 10 kali pada air mawar. Sapukan pada mata, INSYAALLAH akan diberi kesembuhan atas kehendakNya.

4. Baca sebanyak 10 kali jika rumah anda dipercayai terkena sihir. Mudah-mudahan Allah beri petunjuk di mana terletaknya sihir tersebut.

5. Baca Surah Al-Kautsar ini sebanyak 1000 kali, INSYAALLAH akan bertambah rezeki daripada Allah jika ia berkehendakkannya.

6. Rajinkan diri anda membaca surah ini, INSYAALLAH hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika anda menunaikan solat.

BACA:  Status Hadis Bumi Dilipat Di Malam Hari

7. Ketika hujan turun bacalah surah ini dan berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan Allah kabulkan permintaan kita.

Ingat! Segalanya dengan izin Allah SWT.

Sesuatu yang baik akan datang jua jika kita istiqomah mengamalkannya. Jadi amalkanlah membaca surah ini atau surah-surah yang lain. Mana tahu apa yang anda inginkan dalam hidup akan tercapai.

Anda juga harus ingat bahawa bukan sesuatu ayat atau zikir yang dapat memberikan segalanya, tetapi ia berlaku dengan kehendak Allah SWT atas usaha dan doa anda.

Jangan kita mengiktikadkan sesuatu itu sebagai berkuasa padahal segala kekuasaan adalah milik Allah SWT.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.