≡ Menu

Tiga Lagi Kes Disahkan Positif Koronavirus di Malaysia – KKM

Tiga lagi kes disahkan positif koronavirus di Malaysia - KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan tiga kes baharu positif novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini.

Kesemua kes positif terdiri daripada warganegara China.

Ia sekali gus menjadikan keseluruhan tujuh kes positif dilaporkan di negara ini sejak 25 Januari lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh KKM menerusi satu kenyataan media, awal pagi Rabu.

BACA:  Manis Berhijab, Lisa Surihani Mohon Doakan Dirinya Kekal Istiqomah

Kes terbaharu jangkitan novel koronavirus melibatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Manakala satu lagi kes positif koronavirus dicatatkan di Hospital Sungai Buloh, di mana mangsa merupakan menantu perempuan kepada mangsa pertama kes koronavirus di Singapura.

BACA:  TERKINI: Tentera Akan Bantu Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini – Menteri Pertahanan

Mangsa dikatakan mengambil keputusan untuk menjaga kedua-dua anaknya yang menerima rawatan di wad pengasingan hospital berkenaan sebelum disahkan positif koronavirus.

 

Sumber: www.astroawani.com

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.