≡ Menu

Timun Jepun Mampu Mengawal Paras Gula? Biar Betul?

Kandungan Berkhasiat Dalam Timun Jepun

Timun atau timun jepun biasanya kaya dengan pelbagai komponen penting yang boleh memberi khasiat kepada kesihatan kita. Antara komponen yang dapat ditemui di dalam timun tersebut termasuklah vitamin, mineral, serat dan antioksidan. Antara vitamin yang boleh didapati di dalam timun termasuklahvitamin A, C, dan K. Di samping itu, timun jepun juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan mangan yang bagus untuk fungsi badan. Selain itu, timun juga adalah sumber serat yang bagus di samping mempunyai pelbagai antioksidan. Antara antioksidan yang ditemui di dalam timun ini termasuklah vitamin C, vitamin A, carotenezeaxanthin, lutein, flavonoid dan cucurbitacin B.

10 Khasiat timun jepun kepada kesihatan

Memandangkan timun jepun mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa khasiat timun jepun kepada kesihatan:

1. Menghidratkan tubuh badan

Timun jepun mampu menyegarkan dan menghidratkan tubuh badan memandangkan ia mempunyai kandungan air yang tinggi iaitu kira-kira hampir 90-95% air. Air adalah komponen penting bagi mengekalkan hidrasi badan kerana badan yang kurang air atau terhidrasi boleh menyebabkan rasa sakit kepala, rasa terlampau letih, masalah kulit, kekejangan otot atau masalah tekanan darah rendah.

Selain itu, timun jepun juga mempunyai eloktrolit penting seperti kalium yang boleh membantu mengawal kesimbangan tubuh badan. Oleh itu, selain sumber air minuman, timun jepun juga boleh membekalkan sumber air untuk badan kekal hidrat.

2. Mengawal paras gula dalam darah

Timun jepun juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah sekaligus mampu mencegah penyakit diabetes. Hal ini kerana kandungan timun jepun yang tinggi antioksidan yang boleh membantu mengawal rembesan hormon insulin yang berperanan mengawal paras gula dalam darah

Timun jepun juga mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan A, carotenezeaxanthin dan lutein yang berperanan melindungi badan daripada tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan diabetes.

Di samping itu, timun jepun juga kaya dengan serat yang boleh melambatkan proses penyerapan gula dalam darah seterusnya boleh mengelakkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak sekaligus boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

3. Mengawal tekanan darah

Timun jepun juga boleh membantu mengawal tekanan darah. Ia mengandungi kalium yang berfungsi untuk mengawal otot jantung, menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan aliran darah seterusnya menurunkan dan mengawal tekanan darah supaya menjadi normal.  Selain itu, serat yang ada di dalam timun jepun juga boleh membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Timun jepun juga baik untuk kesihatan jantung. Hal ini kerana timun jepun tinggi dengan serat yang boleh mengawal kolesterol dalam badan sekaligus mampu mengurangkan risiko penyakit jantung

5. Baik untuk sistem penghadaman

Di samping itu, timun jepun juga bagus untuk sistem penghadaman dan boleh mengelakkan masalah seperti sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi. Serat penting untuk sistem penghadaman badan kerana fungsinya yang boleh meningkatkan kadar pergerakan usus sekaligus melancarkan sistem penghadaman makanan.

6. Membantu menurunkan berat badan

Tambahan lagi, timun jepun juga boleh membantu untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana timun jepun mempunyai serat yang boleh memberi rasa kenyang dan puas apabila dimakan sekaligus mencegah seseorang daripada makan berlebihan. Serat yang ada di dalam timun jepun juga boleh mememberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Di samping itu, timun jepun juga rendah dengan kalori di mana pengambilannya dapat mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan yang boleh menyebabkan peningkatan berat badan. Oleh itu, ia sesuai untuk diambil sebagai snek sihat bagi menggantikan snek tidak sihat seperti pastri, coklat atau kek ketika proses menurunkan berat badan.

7. Tinggi dengan antioksidan

Timun jepun juga adalah sumber makanan yang tinggi dengan antioksidan. Antara antioksidan yang terdapat dalam timun jepun termasuklah vitamin C, vitamin A, carotenezeaxanthin, lutein dan flavonoid yang berperanan melawan radikal bebas sekaligus mampu mencegah penyakit. Timun jepun juga mengandungi komponen cucurbitacin B yang boleh melawan pembentukan sel kanser sekaligus berpotensi mencegah kanser.

BACA:  Penyakit Kulit Yang Kita Perlu Waspada Bila Tiba Musim Hujan. Waspadalah

8. Mencegah keradangan

Selain itu, timun jepun juga berpotensi untuk mencegah keradangan yang boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti kanser, gangguan metabolik (seperti diabetes) dan penyakit kardiovaskular. Hal ini kerana kandungan antioksidan dan serat yang terdapat di dalam timun jepun yang mempunyai sifat antiradang sekaligus berpotensi menjadi terapi pencegahan dan mengurangkan kesakitan akibat keradangan.

9. Baik untuk kesihatan kulit

Selain itu, timun jepun juga bagus untuk kesihatan kulit dan berpotensi untuk mencegah masalah penuaan dan kedutan di wajah. Penggunaan timun jepun juga berpotensi melegakan mata bengkak dan kesan terbakar di wajah.

10. Bagus untuk kesihatan tulang

Akhir sekali, timun jepun juga bagus untuk kesihatan tulang memandangkan ia juga mengandungi vitamin K yang memainkan peranan penting untuk kesihatan tulang. Vitamin K boleh membantu memberi sokongan untuk tulang yang kuat, meningkatkan penyerapan kalsium di dalam tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa timun jepun mempunyai pelbagai komponen penting seperti antioksidan, vitamin dan mineral yang boleh memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita. Timun jepun berperanan penting untuk kesihatan tubuh badan seperti menghidratkan badan,mengawal paras gula dan tekanan darah, bagus untuk kesihatan jantung, sistemp penghadaman, kulit dan tulang. Ia juga tinggi antioksidan, berpotensi mencegah keradangan dan membantu menurunkan berat badan. Akhir sekali, diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca mengenai khasiat minyak kelapa dara.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.