≡ Menu

Tips Bagi Makanan Pejal Kepada Anak. Baca Biar Faham

Ibu mana yang tak teruja bila mana anak sudah pun menghampiri usia enam bulan. Seronoknya anak sudah boleh makan!

Apa tip untuk anda memilih makanan terbaik? Sebelum itu kenal pasti dahulu bila anak sudah cukup bersedia untuk makan.

Dah bersedia ke anak makan makanan pejal?

  1. Bayi boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi.

Ini adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil sekiranya dia mahu mengambil makanan dan disuap dengan sudu.

  1. Melakukan pergerakan mengunyah.

Bayi boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi sudah pandai menelan dengan efisien, dimana bila anda perhati bahawa air liur sudah kurang meleleh.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  1. Bayi anda kelihatan seperti minat dengan makanan yang anda makan.

Bayi mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut.

Sebelum mempersiapkan menu dan segala kelengkapan, beberapa perkara ibu harus bersedia dan ambil tahu. Barulah percubaan pertama anak untuk makan lebih berjaya. Apa mak ayah perlu lakukan?

Masak sendiri guna bahan segar

Sebaik-baiknya makanan pertama si kecil kita di masak sendiri menggunakan bahan – bahan segar dan tiada bahan pengawet. Pilihlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar untuk percubaan pertama anak.

Sayur-sayuran perlulah di rendam sebaik yang mungkin manakala buah-buahan seharusnya di cuci serta dikupas dengan elok bagi menjaga sistem pencernaan bayi dan memastikan selamat untuk bayi kita.

Perkenalkan puri dengan tekstur lembut

Pada usia enam bulan bayi hanya disarankan makanan dalam bentuk puri, separa pejal, bubur atau makanan yang hanya dikisar. Makanan pertama bayi digalakkan yang kurang sensitif kepada bayi serta perutnya.

Dari segi rasa juga tidak digalakkan meletakkan penambah perisa yang boleh mendorong bayi menjadi suka kepada benda yang tidak bernutrisi. Rasa makanan yang semulajadi atau rasa asli lebih baik untuk bayi.

Pastikan buah direbus atau kukus

Bagi makanan dalam bentuk puri, buah-buahan perlu dikukus atau direbus terlebih dahulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilangkan nutrisi makanan tersebut. Sekiranya anda merebus sayuran ubi-ubian seperti kentang, brokoli, lobak merah, sebaik-baiknya gunakan air rebusan tersebut untuk mengisar makanan kerana ia mengandungi nutrisi (vitamin dan mineral) yang tinggi untuk keperluan bayi.

Selepas dikisar pastikan tekstur makanan tersebut tidak terlalu pekat. Biarkan sedikit cair supaya ia serasi dan lebih kurang dengan tekstur susu ibu. Bila bayi sudah terbiasa lama kelamaan barulah ibu memekatkan tekstur tersebut secara berperingkat.

Elakkan Tiga Perkara Ini

* Jangan terus memberi makanan kepada bayi anda sekiranya dia tidak mahu (memalingkan kepalanya atau tidak mahu membuka mulutnya). Bayi mungkin sudah kenyang atau tidak suka dengan makanan tersebut. Jika kita terus memaksa, ini akan membuat kan bayi tidak mahu mencuba makanan lain.

* Elakkan makanan yang terlalu manis, terlalu masin, makanan berlemak, makanan pedas serta terlalu berempah. Ini akan menyebabkan kerengsaan kepada perut bayi seperti kembung atau cirit.

* Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Seeloknya gunakan pelukan, ciuman dan berikan perhatian sepenuhnya kepada bayi kita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.