≡ Menu

Tips Untuk Kekal Bertenaga Dan Berseri Dengan Menggunakan Air Rebusan Kunyit. Petua Orang Lama Ni

Tips Cantik Dan Bertenaga Dengan Rebusan Air Kunyit
Kunyit adalah sejenis herba yang amat dikenali dan popular bagi masyarakat melayu kita. Sekiranya anda tidak mengetahui, kunyit pernah dilabelkan sebagai “Ratu Rempah Ratus” dengan aromanya menyerupai lada, rasanya yang unik dan warnanya keemas-emasan.

Tahukah anda bahawa terlalu banyak alasan terbaik mengapa seorang wanita harus mengamalkan minum air kunyit ini.

Air kunyit menyimpan banyak manfaat untuk tubuh, terutamanya dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Dikatakan berkesan untuk kekal buang angin di tubuh, langsing, lancarkan piriod dan banyak lagi kebaikkan dan manfaatnya.

Kaedah betul cara buat Homemade kunyit.

  • 1 Ketul Kunyit Hidup
  • 1 Ketul sederhana Halia
  • 3 batang serai dikutuk
  • 1 sudu besar asam jawa (tapis)
  • 2 ketul gula melaka atau digantikan 1 atau 2 sudu besar madu asli (tetapi jika ingin guna madu…campurkan ketika hendak diminum nanti.)
  • 1 sudu kecil halba
  • 2 biji manjakani ketuk2 kasar..jika ank dara/belum berkahwin yg nak minum jamu nie minum bole abaikan bab manjakani tu ye..x perlu letak.
BACA:  Nasihat Misi Buat Mak Ayah Yang Ada Bayi Bawah Usia 2 Tahun, Jangan Jadikan Anak Sendiri ‘Tikus Makmal’!

Kaedahnya:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  • Masukkan 6 cawan air kedalam periuk. Rebus semua bahan hingga mendidih.
  • Tutup api dan sejukkan sekejap dalam 10-15 minit.
  • Sudah agak sejuk..kisar air rebusan tadi bersama semua bahan2 yg dimasukkan td
  • tapis air td.
  • Rebus lagi dlm 5 minit dan sejukkan.
  • Minum ketika suam 1 cawan waktu pagi sebelum makan. Boleh juga masukkan dlm peti ais lebihan air td dan minum untuk esoknya.
BACA:  Beruntunglah Jika Anda Meminum Kopi Segelas Sehari. Ini Manfaat Kopi

Pesanan dan tips penting :

  • Amalkan 2 atau 3 kali sminggu.
  • Untuk wanita hamil, berpantang dan menyusukan anak tidak digalakkan minum ye, takut memberi kesan pada kandungan dan baby yang menyusu nanti.
  • Untuk wanita yg keguguran boleh minum untuk beri tenaga pada tubuh badan.
  • Jika sedang period, boleh mnum tapi setengah cawan je, minum 1 kali sepanjang tempoh period.
  • Untuk masalah period tidak teratur, boleh minum macam biasa 2 atau 3x sminggu.
  • Jika sedang makan ubat dari hospital, jarakkan antara 1 hingga 2 jam baru minum jamu nie.
  • Banyakkan minum air kosong untuk membantu proses pembuangan toksin lebih cepat dan lancar nanti.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.