≡ Menu

Tips Untuk Mengenali Ayam Yang Disuntik. Ini 5 Petandanya

Ketika membeli barang basah untuk dijadikan lauk, pastinya kita akan mencari bahan-bahan yang elok. Dari segi bentuk fizikal dan saiznya. Ini selalu terjadi apabila kita ingin membeli ayam mentah di pasar.

Tetapi apa yang anda perlu tahu sebelum membeli seekor ayam, anda perlu tengok bentuk ayam tersebut. Ini kerana ada sesetengah penjual ayam, mereka ada menggunakan bahan kimia ke dalam bahan mentah itu bagi menlihatkan ayam itu kelihatan segar, baru dan besar. Pasti ini menarik perhatian orang ramai untuk membeli.

BACA:  (Video)“Delhi Sedang Terbakar,” Masjid Dibakar Sebagai ‘Amaran’ Protes Berterusan Di New Delhi

Walaubagaimanapun, melalui perkongsian Public Health Malaysia di laman Facebooknya, mereka memberikan cara untuk mengenal ciri-ciri ayam yang disuntik.

PENIAGA TAK JUJUR GUNA TEKNIK PLUMPING

Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’. Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini menyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna. Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

BACA:  Gunakan Barang Dapur Ini Untuk Hilangkan Eyebag Secara Semulajadi

5 TIPS KESAN AYAM DISUNTIK


Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air

1. Air bergenang disekitar apabila diletak

2. Kulit ayam kelihatan berkilat dan tidak kesat

3. Daging mengecut apabila dimasak

4. Air menitis demgan banyak apabila digantung atau diangkat.

5. Keluar air dengan banyak apabila dimasak

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.