≡ Menu

Tong Sampah Itu Busuk, Tapi Busuk Lagi Hasad Dengki. Nauzubillah

HATI ibarat raja kepada kita. Andai hati sudah tercemar dengan unsur negatif, memang payahlah mengawal diri.

Disebabkan itulah timbulnya pelbagai ‘penyakit’ hati. Antaranya adalah sifat hasad dengki.

Walaupun kadangkala orang lain tidak berbuat salah kepada dirinya, namun perasaan hasad tetap bersarang dalam diri. Rasa tidak puas hati saat melihat orang lain diberi nikmat atau kesenangan ingin melihat orang lain jatuh dan seumpamanya.

Itulah yang dirasakan oleh mereka yang mempunyai sifat hasad dengki dalam diri.

Tidak hairanlah mengapa Islam melarang umatnya daripada bersikap sedemikian. Sesungguhnya, bahananya amat dahsyat kepada diri sendiri dan juga orang di sekeliling.

Malah, pendakwah Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan mengumpamakan sebusuk-busuk tong sampah, lebih busuk lagi hati orang yang selalu dengki pada kehidupan orang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mengulas lanjut tentang sifat hasad dengki, beliau menjelaskan, dalam bahasa Arab, perilaku itu disebut sebagai hasad. Namun begitu, dalam bahasa Melayu perkataan hasad selalunya diiringi dengan dengki menjadikannya sebagai hasad dengki.

“Bermula dengan penyakit hasad dengki ini, penyakit berangkai lain akan mula menyerang. Contohnya penyakit benci, dendam dan sombong.

BACA:  7 Punca Malaikat Rahmat Menjauhi Rumah Kita. Nauzubillah

“Daripada penyakit hasad dengki boleh mengundang penyakit yang lebih dahsyat lagi iaitu penyakit syirik.

“Dengan perasaan dengki, ada yang sanggup menggunakan sihir bagi merosakkan hidup seseorang yang lain,” kongsinya menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

(Artikel berkaitan: Tak guna buat baik kalau ada sifat hasad dengki)

Imam Muda Hassan turut menjelaskan, sifat hasad dengki turut mengundang bahaya kepada diri. Antara akibat daripada penyakit hasad dengki adalah:

1. Boleh merosakkan amalan ketaatan.

2. Terhalang daripada mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.

3. Akan menghadapi banyak kesukaran hidup.

4. Selalu gagal dalam hidup.

5. Hilang rasa ketenangan kerana hati sudah rosak.

Hasad dengki
JAUHILAH sifat hasad dengki sesama kita kerana ia memberikan impak yang amat dahsyat.
Bagi merawat diri daripada sifat mazmumah itu, Imam Muda Hassan berkongsi beberapa tip antaranya:

1. Apabila orang yang kita dengki itu beroleh nikmat, pergi berjumpa dengannya dan ucapkan tahniah. Andai orang itu ditimpa musibah, berjumpalah dengannya dan ucapkan takziah.

BACA:  Mulai Hari Ini,Berhenti Tiup Lilin Kek Ketika Sambut Hari Jadi Kerana Dulu Kaum Eropah Telah…..

2. Pujilah keistimewaan kepada orang yang kita dengkikan itu di belakangnya dan simpanlah rahsia keaiban dirinya.

3. Selalulah menziarahinya dan berikan hadiah. Nabi Muhammad SAW mengajar kita bahawa dengan memberi hadiah akan mengikat cinta dan kasih sayang. Moga dengan perbuatan itu akan dapat menyingkirkan rasa dengki terhadapnya.

4. Berdoa pada ALLAH agar terhindar daripada rasa dengki kerana ia adalah perasaan yang didokong oleh syaitan dan nafsu ammarah bissuu’.

Justeru, pendakwah itu menitipkan pesan kepada semua orang sama ada suami isteri, jiran tetangga, menantu dan mertua, adik-beradik, sepupu sepapat, ipar-duai dan biras dan rakan sepejabat agar menjauhi sifat hasad dengki.

“Ingatlah tiada apa yang menguntungkan dengan penyakit hasad, bahkan merugikan diri sendiri di dunia dan akhirat.

“Hidup (kita) tak lama, sibuklah dengan mencari ketenangan dan kebahagiaan itu lebih menguntungkan, baik dunia atau di akhirat,” nasihat beliau.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.