Kain batik adalah pakaian ‘tradisi’ kaum wanita sejak zaman-berzaman, khususnya bagi masyarakat di Nusantara.
Jika di Malaysia pula, umumnya kain batik sering dipakai di semua peringkat umur wanita, dari remaja, dewasa hinggalah ke warga emas.
Namun, betulkah cara pemakaian kain batik yang kita amalkan selama ini?
Tahukah anda, sebenarnya setiap cara pemakaian kain batik adalah berbeza maksud dan tujuannya.
Salah pakai, nanti terbawa maksud yang salah nanti, bahaya.
Sebagai orang Melayu, kita perlu tahu apa maksud kain batik yang dipakai berdasarkan kedudukan kepala kain.
Kepala kain kebiasaannya berbbeza dengan corak lain yang terdapat dalam lembaran kain tersebut, seperti rajah dibawah
Ini maksud-maksud posisi pakai kepala kain tu:
Belakang
Sekiranya kepala kain itu terletak di belakang, ini membawa maksud pemakai kain itu adalah isteri orang.
Depan
Bagi remaja, atau gadis yang belum mendirikan rumahtangga, posisi kepala kain batik semasa pemakaiannya mestilah berada di depan.
Kiri
Posisi kepala kain di sebelah kiri membawa maksud pemakai adalah seorang balu.
Kanan
Bagi pemakaian di sebelah kanan pula wanita yang memakainya merupakan seorang wanita yang bercerai hidup. Atau umum dikenali dengan nama janda.
Kesimpulan
Begitulah indahnya kesenian orang Melayu. Peliharalah warisan kesenian bangsa kita agar ia terus terjaga dan tidak ditelan arus zaman. Jika kita tidak memelihara identiti kita sendiri, siapa lagi?