Tugas Kita
Allah SWT memerintah manusia untuk menyembahNya dan dilantik pula manusia sebagai khalifah di muka bumi. Dua tugas utama manusia iaitu BERIBADAH dan MENGIMARAH/MENTADBIR/MEMIMPIN. Amanah ini jika terlaksana baik mampu mensejahterakan makhluk dan membawa mereka mencintai pencipta, Allah Rabbul Jalil, tersebarnya dakwah, seterusnya beroleh Rahmat dariNya yang maha luas.
Firman Allah SWT:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
(Al-a’raf: 96)
Kita semua adalah pemimpin dan pendakwah sama ada terhadap rakyat, keluarga, isteri, anak-anak, orang bawahan/atasan dan seluruh manusia. Dakwah pula perlu disampaikan dengan penuh hikmah dan pengajaran, bukan dengan cacian, hinaan, merendah, tuduhan dan segala cara yang mazhmumah (tercela).
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(An-Nahl: 125)
Usaha semampu kita menjadi pendakwah yang baik, berilmu, berhikmah, amanah dan ikhlas keranaNya.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Sumber: https://t.me/kapsul_tazkirah