≡ Menu

Tunaikan Umrah Setahun Sekali. Adakah Islam Menggariskan Perihal Umrah Ini?

Seperti mana kita tahu, jika anda berkemampuan tidak salah jika mahu menunaikan umrah namun yang menjadi persoalan adalah apabila tunaikan umrah banyak kali dalam setahun.

Umrah dari segi bahasa membawa maksud ziarah dan dari segi istilah adalah tawaf di Baitullah, sa’ie di antara Safa dan Marwah dengan ihram.

Para ulama berpendapat bahawa melakukukan umrah berkali-kali dalam satu tahun adalah dianjurkan. Ulama Malikiyyah pula berpendapat sebaliknya di mana melaksanakan umrah lebih daripada satu kali dalam satu tahun hukumnya makruh.

Dalam hal ini, ulama Malikiyyah berdalilkan bahawa Nabi SAW tidak melakukan umrah melainkan dari satu tahun ke tahun berikutnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jumhur ulama’ berdalilkan dengan hadith daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا

Maksudnya: “Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya.” Riwayat al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)

Selain itu, hadis daripada Umar R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّ الْمُتَابَعَةَ بَيْنَهُمَا تَنْفِي الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ ‏

Maksudnya: “Iringilah haji dengan umrah, kerana mengiringi haji dengan umrah dapat menghilangkan dosa dan kefakiran, sebagaimana alat peniup api dapat menghilangkan karat besi.”

BACA:  Mufti Wilayah Dilantik Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Selain daripada dua hadis di atas, diriwayatkan juga bahawa Aisyah R.Anha melakukan umrah dalam satu bulan sebanyak dua kali iaitu ketika dia melakukan haji wada’ bersama Nabi SAW.

Menurut Imam al-Tibi:

“Kemampuan keduanya (haji dan umrah) untuk menghilangkan kemiskinan adalah sepertimana kemampuan amalan bersedekah dalam menambah harta.”

Semoga bermanfaat!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.