≡ Menu

Turunkan Paras Kolestrol, Dan Buang Angin. Ikuti Resepi Jus Halia Dan Madu Ini

MASIH tercari-cari resipi minuman yang sihat dan sedap?

Boleh cuba jus halia bersama madu ini. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan malah sangat sedap!

Jus ini diperbuat daripada bahan-bahan yang mengandungi banyak khasiat seperti lemon, halia dan madu.

Tiga bahan ini sahaja terbukti sudah mampu untuk membuat jus yang berkhasiat.

Antara khasiatnya adalah boleh keluarkan angin dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan sebagainya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jus ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira jantina lelaki atau perempuan.

BACA:  Rokok Gulung Atau Rokok Biasa? Yang Mana Lebih Sihat?

Bahan-bahan;

  • 3 biji lemon
  • 6 inci halia
  • 3 cawan air
  • 3 cawan madu

Cara-cara membuatnya;

1. Potong lemon dan halia.

2. Rebus dalam periuk bersama tiga cawan air (750 ml).

3. Rebus hingga air tinggal separuh. Sejukkan, kisar dan campur tiga cawan madu (lebih kurang 250ml). Ikut cita rasa masing-masing.

4. Boleh juga dimasukkan ke dalam dan simpan dalam peti sejuk.

Boleh amalkan minum satu sudu pagi dan malam sebelum tidur.

Jika mahu lebih manis, tambah madu lagi ikut cita rasa masing-masing.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.