≡ Menu

Tutuplah Ibadah Di Bulan Ramadhan Dengan Solat Sunat Witir

MENJELANGNYA bulan Ramadan pasti ada di antara kita yang ingin mengerjakan ibadah sunat berlebihan.

Mengerjakan ibadah sunat, melakukan kebaikan di bulan mulia ini amatlah digalakkan kerana Ramadan merupakan bulan yang pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Keistimewaan bulan mulia ini dapat dibuktikan melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Telah datang bulan Ramadan, bulan penuh berkah, maka ALLAH mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad)

Umat Islam amatlah digalakkan memperbanyakkan doa dan melakukan kebaikan dengan mengamalkan konsep Hablum Minallah (hubungan manusia dengan ALLAH), Hablum Minannas (hubungan manusia sesama manusia) dan Hablum Minal ‘Alam (hubungan manusia dengan alam).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Segala kebaikan yang dilakukan pasti mendapat keredhaan ALLAH SWT.

BACA:  Ini Amalan Yang Baik Untuk Kita Lazimi Sebelum Tidur.

Bagi mereka yang ingin melakukan ibadah sunat boleh cuba dengan melaksanakan solat sunat witir.

Solat sunat witir merupakan solat yang boleh dilakukan selepas solak Isyak sehingga sebelum masuknya waktu solat subuh dan hukumnya ialah sunat muakkad.

Untuk pengetahuan semua, solat ini digelar witir kerana bilangan rakaatnya ganjil iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan sebelas.

Berikut merupakan cara-cara mengerjakan solat sunat witir:

Niat solat sunat witir satu rakaat

Usollo Sunnatal Witri Rak’atan Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana ALLAH Taala

Cara solat sunat witir satu rakaat

1. Niat
2. Membaca surah al-Fatihah
3. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas
4. Rukuk
5. Iktidal
6. Sujud
7. Duduk di antara dua sujud
8. Sujud kedua
9. Duduk tawarruk
10. Membaca tahiyat akhir
11. Memberi salam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.