Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadan bakal menjelma. Oleh itu ramai dalam kalangan kita yang sudah mempebaharui ilmu-ilmu mengenai batalnya puasa. Maklumlah, setahun sekali sahaja berpuasa dengan penuh, pasti ada sahaja perkara yang terlupa.
Bila sudah sebut mengenai batal puasa, ramai juga dalam kalangan kita yang mengambil sesetengah jenis ubat tertanya-tanya ubat jenis apakah yang boleh membatalkan puasa dan ada juga jenis ubat yang tidak membatalkan puasa. Boleh atau tidak ibu hamil melalui proses pemeriksaan yang memerlukan memasukkan sesuatu dalam vagina?
JENIS UBAT YANG BOLEH BATALKAN DAN TIDAK BATALKAN PUASA
Mesti ramai dalam kalangan kita yang keliru sama ada ubat atau ‘treatment‘ kesihatan yang dilakukan boleh membatalkan puasa atau tidak. Berikut merupakan antara penjelasan dari doktor.
Ubat yang BOLEH BATAL puasa:
- Ubat biji.
- Ubat minum.
- Pesari (ubat masuk ke dalam vagina).
- Ubat masuk bontot (iaitu supositori dan enema).
Ubat yang TAK BATAL puasa:
- Ubat letak bawah lidah (dengan syarat: LETAK bawah lidah, BUKAN ditelan).
- Ubat cucuk insulin.
- Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash).
- Ubat sapu macam krim dan losyen.
- Ubat kumur (dengan syarat: kumur2 sahaja, BUKAN ditelan).
- Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat: ia TAK disedut).
- Ubat bius setempat atau separuh.
- Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).
Prosedur yang TAK BATAL puasa
- Haemodialisis atau peritoneal dialysis.
- Mengambil darah untuk pemeriksaan.
- Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
- Injeksi(cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.
- Menderma atau menerima darah.
- Menerima oksigen atau gas untuk bius.
- Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
- Memasukkan ovules kedalam kemaluan wanita(vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan
- Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).
- Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.
- Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
- Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.
- Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia).
Tolong sebarkan pada orang lain sebab masih ramai yang keliru.