≡ Menu

Ubat Untuk “Gastrik” Boleh Menyebabkan Penyakit & Kegagalan Ginjal

Ubatan yang biasa digunakan merawat pedih ulu hati (heartburn), acid reflux dan luka dalam perut ( peptic ulcers) dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah kegagalan ginjal dan penyakit ginjal yang kronik, menurut kajian yang dilakukan.

Ubatan yang menggunakan ‘proton pump inhibitors’ (PPI), iaitu ubat yang merendahkan pengeluaran cecair asid dalam perut, meningkatkan risiko mendapat penyakit ginjal yang kronik sebanyak 20 peratus dan masalah ginjal empat kali ganda.

Kajian yang diterbitkan pada Februari 2019 di journal Pharmacotherapy, melibatkan data seramai 190,000 orang pesakit selama 15-year tahun yang diketuai oleh Prof David Jacobs, PharmD, Ph.D., yang merupakan professor madya di UB School of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences di universiti tersebut.

BACA:  Sakit Macam Gastrik, Tapi Kena Sakit Jantung

Penggunaan ubatan PPI ini dan kaitannya dengan penyakit ginjal mungkin akan menyebabkan peningkatan pesakit ginjal yang memerlukan rawatan hemodialysis dan meningkatkan kos penjagaan rawatan.

Di Amerika Syarikat, ubatan PPI untuk pesakit “gastrik” ini melibatkan kos sebanyak USD14 billion.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Beliau memberikan amaran bahawa 70 peratus menggunakan ubatan ini secara berlebihan dan mendedahkan kepada kesan sampingan tersebut.

Oleh itu kesedaran terhadap bahaya penggunaan ubatan ini secara berlebihan perlu diberikan kepada pesakit, doktor yang merawat dan farmasi yang memberikan ubatan ini.

Contoh ubatan PPI ini adalah esomeprazole, lansoprazole, omeprazole, pantoprazole dan rabeprazole.

Jadi berhati-hatilah dalam penggunaan ubatan ini. Dapatkan nasihat doktor yang berpengalaman dan gunakan ubatan ini jangan terlalu lama.

Rujukan: Emily Hart et al, Proton pump inhibitors and risk of acute and chronic kidney disease: a retrospective cohort study, Pharmacotherapy: The Journal of Human Pharmacology and Drug Therapy (2019). DOI: 10.1002/phar.2235

Kredit: Dr Zubaidi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.