≡ Menu

Ubi Keledek Sangat Berkhasiat. Ada 10 Manfaatnya Terhadap Kesihatan Kita. Tak Sangka Betul

Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas merupakan sejenis makanan berkanji yang berasal dari keluarga Convolvulaceae. Antara ciri-ciri fizikal ubi keledek adalah mempunyai kulit berwarna coklat kasar dan isinya pula mempunyai pelbagai variasi warna seperti putih, jingga dan ungu.

Ubi keledek adalah tumbuhan yang mudah didapati di kawasan tropika dan beriklim sederhana. Di Malaysia, ubi keledek bukanlah sesuatu yang asing lagi malah ianya dikenali oleh hampir semua lapisan masyarakat dan usia.

Ubi keledek sering dijadikan bahan utama dalam pembuatan kuih-muih tradisional seperti kuih keria, cek mek molek, cucur badak dan lain-lain. Namun begitu, tahukan anda bahawa ubi keledek juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Setiap 100 g ubi keledek mempunyai sebanyak 31.3 g karbohidrat iaitu lebih kurang dua tukaran karbohidrat (1 tukaran karbohidrat = 15 g karbohidrat). Selain itu kandungan protein dan lemaknya agak rendah di mana hanya terdapat 2 g protein dan 0.5 g lemak di setiap 100 g ubi keledek.

Komponen Berkhasiat Ubi Keledek

1. Beta karoten

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Beta karoten adalah salah satu komponen yang mempunyai sifat anti oksida yang boleh ditemui di dalam sayur-sayuran ataupun buah-buahan yang mempunyai warna jingga atau merah. Apabila makanan yang mengandungi beta karoten dihadam oleh badan, beta karoten akan ditukar ke dalam bentuk vitamin A di dalam badan.

2. Riboflavin

Riboflavin atau nama lainnya vitamin B2 adalah sejenis vitamin larut air. Antara fungsi komponen ini adalah terlibat di dalam penghadaman karbohidrat, protein dan lemak yang akhirnya akan membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Ianya juga penting kepada kesihatan kulit, sistem penghadaman, sel darah dan organ-organ utama.

3. Niasin

Niasin atau juga dikenali sebagai vitamin B3 merupakan salah satu vitamin yang terkandung di dalam ubi keledek. Komponen ini merupakan sejenis vitamin yang larut air di mana ianya boleh disingkirkan oleh badan. Antara fungsi niasin adalah membantu dalam penghasilan tenaga, dan bersifat anti oksida.

10 Khasiat Ubi Keledek Pada Kesihatan

1. Meningkatkan sensitiviti insulin

Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan terhadap pesakit diabetes, didapati bahawa pengambilan ekstrak ubi keledek berkulit putih dapat meningkatkan sensitiviti pesakit selepas tempoh lima bulan. Selain itu, didapati juga paras HbA1c pesakit bertambah baik. HbA1c adalah salah satu ujian darah yang digunakan untuk mengukur paras gula di dalam darah di dalam tempoh tiga bulan sebelum ujian dilakukan.

2. Mengurangkan risiko menghidap kencing manis

Ubi keledek adalah makanan berkanji yang mempunyai kandungan serat. Di dalam satu kajian meta analisis, didapati bahawa pengambilan serat yang mencukupi dapat mencegah penyakit kencing manis. Selain itu, pengambilan serat juga mampu untuk mengurangkan paras gula di dalam darah dan paras peratusan HbA1c pesakit kencing manis.

Saranan pengambilan serat seharian adalah dari 25 g ke 30 g. Namun harus diingat, ubi keledek haruslah diambil di dalam kuantiti yang sederhana bagi pesakit kencing manis kerana kandungan kanjinya yang tinggi.

3. Mengurangkan tekanan darah

Ubi keledek adalah makanan yang kaya dengan sumber kalium. Kalium adalah salah satu komponen yang mampu menyebabkan salur darah mengambang. Pengembangan salur darah akan menyebabkan tekanan darah untuk menurun lalu mengelakkan tekanan darah tinggi. Selain itu, ubi keledek juga mempunyai kandungan natrium yang sangat rendah dan sangat sesuai untuk dimakan oleh pesakit darah tinggi.

4. Meningkatkan kesihatan usus

Kandungan serat di dalam ubi keledek bukan sahaja mampu mencegah kenaikan paras gula di dalam darah, malah ianya juga mampu untuk meningkatkan kesihatan usus. Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan serat yang mencukupi dapat mengelakkan sembelit dan mengurangkkan risiko kanser usus.

5. Membekalkan tenaga dengan segera

Ubi keledek merupakan makanan yang tinggi dengan kandungan kanji dan karbohidrat. Di mana komponen ini berfungsi untuk membekalkan tenaga terhadap tubuh badan. Komponen karbohidrat di dalam 100 g ubi keledek mampu membekalkan lebih kurang 120 kcal tenaga terhadap badan (1 g karbohidrat = 4 kcal tenaga). Oleh itu, pengambilannya haruslah secara bersederhana untuk mengelakkan pengambilan tenaga yang berlebihan.

BACA:  Pesakit Diabetes Perlu Baca Panduan Ini Di Dalam Bulan Syawal

6. Menjaga kesihatan mata

Ubi keledek adalah salah satu makanan yang kaya dengan beta karoten. Beta karoten akan ditukarkan kepada vitamin A di dalam badan. Untuk pengetahuan anda, vitamin A adalah salah satu vitamin larut lemak yang mamberikan kesan yang positif terhadap kesihatan mata di mana ianya penting di dalam mengekalkan kornea (bahagian mata) yang sihat.

7. Mencegah penyakit skurvi

Penyakit skurvi adalah penyakit di mana badan mengalami kekurangan vitamin c. Antara simptom penyakit skurvi adalah gusi berdarah, badan menjadi lemah dan pendarahan kulit. Ubi keledek mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi di mana pengambilannya yang mengikut saranan dapat mengelakkan penyakit skurvi.

8. Mencerah anemia

Selain dapat mencegah skurvi, vitamin c di dalam ubi keledek juga penting di dalam pencegahan anemia. Anemia adalah penyakit di mana pesakit mengalami kekurangan hemoglobin dan sel darah merah yang akan menyebabkan keletihan. Hal ini terjadi kerana kekurangan zat besi. Vitamin C berfungsi untuk membantu penyerapan zat besi lalu meningkatkan paras zat besi di dalam. Dengan ini, badan dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.

9. Mengelakkan rasa lapar

Kandungan serat di dalam ubi keledek mampu untuk membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Hal ini kerana serat melambatkan proses pengosongan perut lalu mengelakkan rasa lapar dengan cepat.

10. Mencegah radikal bebas

Kandungan beta karoten di dalam ubi keledek mempunyai sifat anti oksida. Selain itu, kandungan niasin juga mempunyai fungsi yang sama. Komponen yang bersifat anti oksida mampu mencegah radikal bebas yang menyebabkan kerosakkan pada sel dan tisu badan.

Konklusinya, terdapat  pelbagai khasiat kesihatan yang ditawarkan oleh ubi keledek. Namun haruslah diingat pengambilan yang berlebihan juga dapat membawa kesan yang buruk terhadap tubuh badan dan jika anda dibawah pantauan doktor, anda masih perlu mengambil ubat yang diberikan oleh doktor.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.