≡ Menu

Untuk Kelancaran Peredaran Darah, Amalkan 10 Jenis Makanan Ini

Darah adalah salah satu elemen penting dalam sistem tubuh. Darah berfungsi untuk mengantar nutrisi dan oksigen pada organ-organ penting. Kebanyakan organ penting bergantung pada darah agar boleh berfungsi dengan baik, sehingga keperluan darah sangat penting bagi tubuh kita.

Meski begitu, darah juga boleh dimasuki oleh racun berbahaya. darah boleh diracun oleh racun dari pencemaran, bahan tambahan makanan, merokok dan lain-lain. Namun darah boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan makanan semulajadi.

Kami akan kongsikan beberapa makanan yang boleh membersihkan darah dalam tubuh.

1. Buah Epal

Buah Epal kaya dengan pectin, sejenis serat yang mengikat kolestrol dan metal berat dalam tubuh. Dengan begitu, epal akan membantu menghilangkan racun yang berkumpul dalam darah dan tubuh serta membersihkan sistem pencernaan.

2. Buah Avocado

Buah Avocado adalah makanan pembersihan yang kaya dengan nutrisi dan rendah kolestrol. Avocado akan membesarkan saluran darah sementara menghilangkan racun yang boleh menyumbat saluran arteri. Avokadoo mengandungi nutrisi yang disebut glutathione. Zat ini boleh menghilangkan sekurang-kurangnya 30 bahan karsinogen yang berbahaya. Dengan begitu, buah ini secara tidak langsung juga membantu membersihkan dan menghilangkan racun dari hati.

BACA:  Zikir Power Sebelum Berhajat Apa Sahaja InshaaAllah Semua Akan Termakbul

3. Ubi Bit

Ubi Bit juga dikenali sebagai makan yang boleh membersihkan darah. Tidak hanya itu, ubi bit juga diketahui boleh membersihkan hati dari bahan-bahan toksik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

4. Blueberry

Blueberry adalah salah satu makanan yang memiliki kekuatan penyembuhan. Blueberry juga mengandungi aspirin yang membantu mengurangkan kerosakan pada jaringan. Blueberry juga boleh menghilangkan zat beracun serta bakteria dalam darah serta saluran kencing. Blueberry juga baik untuk mencegah jangkitan.

5. Sayur Kobis

Sayur Kobis mengandungi zat anti-kanser dan antioksidan yang boleh membantu hati memecah hormon berlebihan. Kobis juga baik untuk membersihkan darah dan sistem pencernaan, serta meneutralkan beberapa zat berbahaya yang boleh ditemui dalam rokok atau asap rokok.

6. Cranberry

Tidak hanya berfungsi membersihkan darah dari toksik, Cranberry juga mampu membersihkan tubuh dari bakteria dan virus berbahaya. Manfaat lain cranberry adalah boleh membersihkan saluran kencing dan mencegah dari terjadinya jangkitan. Hal ini kerana cranberry mengandungi antibiotik dan zat antivirus.

BACA:  Lesung Pipit Buatan. Apakah Pandangan Syarak Dalam Isu Ini?

7. Bawang Putih

Bawang putih boleh membersihkan bakteria, virus dan bahan-bahan toksik dalam tubuh, terutama pada usus dan darah. Bawang putih mengandungi bahan anti-kanser dan bahan antioksida yang boleh membantu menghilangkan zat-zat beracun dalam tubuh.

8. Grapefruit

Buah grapefruit mengandungi serat yang boleh mengikat kolestrol dan membersihkan darah. Serat pectin yang ada di dalamnya juga mengikat zat metal berat dan membantu tubuh mengeluarkan zat-zat berbahaya tersebut.

9. Kunyit

Rempah yang satu ini memang sudah diketahui banyak mempunyai kegunaan. Kunyit sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk rawatan. Salah satu kegunaan kunyit adalah membersihkan darah dari bahan-bahan toksik dan berbahaya. Kunyit juga secara semulajadi mempunyai bahan anti-racun yang boleh membersihkan darah.

10. Teh

Teh juga diketahui boleh membersihkan darah dan mengeluarkan zat-zat beracun dari dalam tubuh. Beberapa jenis teh yang diketahui boleh membersihkan darah adalah teh halia, teh dandelion dan teh papermint. Teh hijau juga boleh digunakan untuk membantu membersihkan darah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.