≡ Menu

Usah Pandang Remeh Soal Aurat, Walaupun Berpakaian Dan Bersifat Wanita, Lelaki Tetap Lelaki Dan Hukum Tetap Hukum

FILE – In this June 26, 2016, file photo, a woman holds a rainbow flag during the NYC Pride Parade in New York. Young Americans overwhelmingly say they support LGBT rights when it comes to employment, health care and adoption. That’s according to a new GenForward survey, which finds 92 percent of young adults support HIV and AIDs prevention, 90 percent support equal employment, and 80 percent support LGBT adoption. Across ethnic groups, large majorities of Americans aged 18 to 30 favor training police on transgender issues, government support for LGBT youth organizations and insurance coverage for transgender health issues. (AP Photo/Seth Wenig, File)

“YOU tahu apa pasal aurat? You pun tak pakai tudung.”

Begitulah kata-kata yang dilemparkan seorang transgender perempuan apabila dia diminta untuk keluar dari tandas wanita.

Bukan sahaja lantang mempersoalkan teguran salah seorang wanita yang menggunakan tandas, mereka juga bertindak biadab dengan merekodkan perilaku wanita tersebut bagi tujuan menularkannya seolah-olah menjadi mangsa ‘keganasan’.

Berang dengan tindak balas golongan tersebut, wanita berkenaan bertindak tegas dan menyatakan mereka sepatutnya menggunakan tandas lelaki meskipun sudah bertukar jantina.

Memperincikan kejadian yang berlaku pada Januari 2020 itu, dia yang dikenali sebagai Leia berkata, pada awalnya dia meminta ‘jasa baik’ sekumpulan transgender itu untuk keluar dari tandas wanita kerana rakannya yang memakai niqab ingin membetulkan tudung.

January 2020 my friend and I went to KLCC and this friend of mine, a niqabi, wants to fix her inside scarf. Pada masa sama, I perasan ada seorang tansgender wanita bersama rakan-rakannya sedang betulkan solekan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Dalam Islam, aurat perlu dijaga walaupun selepas bertukar jantina jadi I dengan baik meminta mereka keluar dari tandas kerana kawan I nak buka tudung dan betulkan skaf yang dipakai.

“Berkali-kali I minta maaf supaya mereka tidak salah anggap dengan permintaan tu… dan I cakap akan buat dengan cepat, kurang dari tiga minit,” luahnya menerusi ciapan di Twitter.

Meskipun menggunakan nada lembut dan berhemah, kumpulan transgender berkenaan bukan sahaja enggan keluar bahkan mengherdik serta mempersoalkan ‘you b***h ke? You siapa nak suruh I keluar.’

“I bukan nak biadab tapi kawan I nak betulkan tudung dan mestilah kita tak mahu you nampak rambut dia… aurat dia. Pada masa ni, salah seorang rakan dia pula bersuara dan bertanya apa yang I tahu pasal aurat sebab I tak bertudung,” katanya.

Disebabkan itu, Leia mula bertegas dan menyatakan aurat lelaki kekal sebagai lelaki meskipun selepas jantina ditukar selain meminta golongan tersebut menggunakan tandas lelaki.

Itu antara senario yang sering berlaku di tandas awam pada masa ini selepas golongan transgender merasakan mereka ‘layak’ mendapatkan kemudahan sebagaimana seorang wanita.

BACA:  Muliakanlah Ibu Bapa.Rindu Itu Pasti, Tapi Cara Berbuat Baik Bukan Sahaja Melalui Ziarah Mereka.

Ini penjelasan fatwa daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum golongan yang digelar mukhannas memasuki tandas wanita.

“Kami menyatakan bahawa hukum seorang mukhannas atau dalam bahasa setempat disebut sebagai pondan, mak nyah, dan seumpamanya memasuki tandas orang perempuan adalah dilarang.

“Ini kerana, tandas merupakan tempat privasi sekalipun ia merupakan tandas awam. Di dalam tandas kebiasaannya seorang perempuan akan membuka aurat, menzahirkan bahagian badannya, justeru apabila masuknya golongan mukhannas ini dan melihat keadaan mereka tersebut, pasti akan menimbulkan masalah serta kesulitan yang besar memandangkan mereka ini adalah daripada jantina yang berlawanan.

“Justeru bagi mengelak aurat dan kehormatan seorang perempuan disebarkan kepada ajnabi (lelaki asing), maka hal ini adalah dilarang. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak saudara-saudara yang diuji dengan keadaan seperti ini, untuk sama-sama kembali kepada Allah SWT terlebih dahulu dan kemudiannya kembali kepada fitrah asal kejadian yang telah Allah ciptakan dengan sebaik-baik kejadian,” titipnya.

Bahkan, aurat antara muslimah dan wanita bukan Islam juga perlu dipelihara seperti dijelaskan.

“Aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah menurut pandangan majoriti ulama fiqh adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

“Manakala menurut pandangan sebahagian ulama mazhab syafie, termasuk sebahagian ulama mutaakkhirin mazhab syafie bahawa aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah selain kepala, tangan dan kaki,” jelasnya.

Sehubungan itu, dalam isu seperti ini, pengawalan dan penjagaan aurat adalah amat penting tetapi dalam keadaan tertentu, jika sesama perempuan sekali pun perempuan bukan Islam maka ia adalah harus dengan syarat tidak membawa fitnah dan menjatuhkan maruah wanita muslimah.

Ini kerana keadaan realiti kehidupan kini begitu berbeza dengan zaman dahulu.

Justeru, meraikan keadaan semasa yang bersifat realiti perlulah diambil kira.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.