≡ Menu

Usah Segan Jika Mahu Belajar Al-Quran Di Lanjut Usia. Syukurlah, Hidayah Allah Masih Diberi

“Mengaji Al-Quran? Malulah, sebab dah lama tinggal…”

Jika anda pernah merasakan bibit-bibit malu untuk belajar mengaji kerana sudah lama tinggalkan Al-Quran, ketahuilah itu merupakan petanda yang baik. Kerana Allah mengetuk pintu hati anda untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik.

Namun, jangan biarkan perasaan malu itu menjadi aral yang menghalang langkahan anda untuk belajar mengaji. Anda tidak sepatutnya berasa malu untuk menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ilmu berkaitan agama.

Kenapa?

Kerana banyak kelebihan daripada usaha mempelajari Al-Quran yang diceritakan melalui Al-Quran dan hadis. Jom sama-sama kita telusuri satu persatu!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Digandakan ganjaran kebaikan

Ketahuilah, Allah telah menjanjikan ganjaran kebaikan buat hambaNya yang belajar membaca Al-Quran.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.

Hadis riwayat Tirmizi

BACA:  Dunia Serba Moden, Adab Dan Kesopanan Haruslah Dijaga.

Bayangkan, betapa banyak ganjaran manfaat yang bakal anda perolehi jika anda konsisten membaca Al-Quran setiap hari. Jika tak dapat baca satu muka surat sehari, sekurang-kurangnya biasakan membaca satu ayat satu hari. Niatkan dalam diri untuk istiqamah belajar membaca Al-Quran.

Al-Quran menjadi panduan hidup

Segala persoalan tentang kehidupan ini, Allah telah rangkumkan dalam Al-Quran. Tugas kita sebagai manusia perlu berusaha untuk merungkai dan memahami pengajaran yang terkandung dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Surah Al-Qamar: 17

Walaupun begitu, jangan pula anda pandai-pandai belajar ilmu Al-Quran tanpa berguru. Dikhuatiri terdapat kesilapan atau salah faham tentang pengajaran ayat Al-Quran yang anda tidak sedar.

Bekalan syafaat pada hari Akhirat

Tidak terbayang bagaimana dahsyatnya keadaan pada hari di mana semua manusia di muka bumi akan dihimpunkan di padang Mahsyar kelak. Semua manusia akan dihamparkan dengan bahang kepanasan yang luar biasa.

Hanya mereka yang terpilih sahaja akan mendapat teduhan daripada Allah SWT. Dengan izin Allah, usaha kita sentiasa berdamping dengan Al-Quran ketika hidup di dunia akan Allah masukkan dalam golongan yang mendapat teduhanNya.

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya.

Jadi, mulai hari ini! Buangkan rasa malu anda untuk belajar membaca Al-Quran. Marilah kita sama-sama berusaha memperbaiki bacaan Al-Quran agar dapat membaca dengan sebaik-baik bacaan iaitu dengan mengikut hukum tajwid yang betul.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.