
Apakah jenis makanan yang boleh membantu mengekalkan diri awet muda? Artikel ini akan membincangkan beberapa makanan yang anda boleh amalkan bagi mengekalkan wajah yang awet muda.
Pengenalan
Ramai yang khuatir akan proses penuaan yang sering dikaitkan dengan pertambahan usia. Bagi individu yang sentiasa mementingkan penambila mereka, sudah pasti mereka mahu mengelakkan proses penuaan dan kekal awet muda. Namun apa yang dimaksudkan dengan penuaan? Penuaan atau bahasa ringkasnya adalah proses menjadi tua dan proses ini pasti dilalui oleh setiap orang seiring dengan pertambahan usia. Namun begitu, proses ini dapat dicegah atau diperlahankan melalui beberapa Langkah. Antaranya adalah dengan mengmbil makanan yang dapat mengekalkan awet muda.
Punca Penuaan
- Pertambahan usia
- Tidak memakai krim pelindung matahari
- Terdedah di bawah sinaran matahari terlalu lama
- Terdedah dengan pencemaran dan toksin
- Merokok
- Diet yang tidak seimbang
- Pengambilan alkohol dan kafein berlebihan
- Tekanan yang tidak terkawan
- Tidur yang tidak mencukupi
Simptom Penuaan
- Kedutan dan garis halus pada kulit
- Hiperpigmentasi
- Bintik-bintik hitam
- Kulit kering dan merekah
- Kehilangan rambut
- Kulit yang tidak tegang
10 Makanan untuk Kekal Awet Muda
Apakah makanan yang boleh mencegah proses penuaan dan mengekalkan awet muda? Senarai di bawah menjelaskan jenis-jenis makanan yang dapat mencegah proses penuaan.
1. Tempeh
Nama tempeh sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat melayu di negara kita. tempeh merupakan sejenis makanan yang berasaskan kacang soya dan kaya dengan sumber protein. Kajian terhadap haiwan telah menunjukkan bahawa tempeh memberikan kesan anti penuaan dengan meningkatkan kesihatan kulit dan tulang. Tempeh juga mempunyai sifat yang sama seperti terapi hormon di samping merupakan sumber isoflavones yang baik di mana ianya menggantikan estrogen di dalam badan.
2. Kimchi
Bagi penggemar drama korea, anda pasti sudah terbiasa dengan istilah kimchi bukan? Kimchi merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat korea yang diperbuat daripada kobis yang dijeruk. Pengambilan kimchi mampu memberi kebaikan terhadap kesihatan seperti mencegah kanser, meningkatkan sistem imunisasi dan mencegah penuaan. Kandungan ekstrak metanolik di dalam kimchi mempunyai sifat anti penuaan terhadap tekanan oksida.
3. Minyak zaitun extra virgin
Kebaikan minyak zaitun tidak dapat disangkal lagi. Ianya merupakan sejenis minyak yang memepunyai kandungan lemak baik dan memberi kesan baik terhadap kesihatan. Minyak zaitun terbukti dapat mencegah kulit dari kerosakkan yang disebabkan oleh matahari kerana ianya mempunyai kandungan anti oksida. Minyak zaitun dikategorikan di sebagai lemak kategori MUFA di mana kajian telah membuktikan bahawa pengambilan MUFA dapat meningkatkan keelastikan kulit.
4. Teh hijau
Teh hijau merupakan minuman yang agak popular di kalangan masyarakat Jepun. Salah satu komponen yang berkhasiat di dalam teh hijau adalah polifenol di mana ianya dapat mencegah penuaan kerana ianya mempunya sifat anti oksida dan anti radang yang dapat merawat kerosakkan UV. Satu kajian dijalankan untuk mengkaji kesan krim dan supplement teh hijau keatas wanita yang mempunyai masalah kerosakkan kulit yang disebabkan oleh matahari. Kajian mendapati bahawa ianya dapat meningkat keelastikan kulit peserta kajian tersebut.
5. Coklat gelap
Bagi penggemar coklat, tahukah anda coklat gelap dapat mencegah penuaan? Hal ini kerana kandungan flavanol yang terdapat padanya. Flavanol dapat meningkatkan pengaliran darah ke kawasan kulit dan melindungi kulit dari kesan kerossakan yang disebabkan oleh matahari.
6. Lobak merah
Sebelum ini kita sering mendengan bahawa lobak merah bagus untuk kesihatan mata bukan? selain menjaga kesihatan mata, lobak merah juga bertindak sebagai makanan anti penuaan. Lobak merah mengandungi beta karotin sejenis karotenoid yang mempunyai provitamin A ataupun dikenali sebagai retinol. Kajian yang dijalankan menunujukkan bahawa pengambilan beta karotin memperbaiki kedutan di wajah dan meningkatkan keelastikan kulit.
7. Flaxseed (biji rumi)
Flaxseed adalah sejenis makanan yang kaya dengan sumber omega 3 di mana omega 3 mempunyai sifat anti radang. Satu kajian telah dijalankan di mana pesertanya diminta untuk mengambil flaxseed selama 12 minggu. Hasil kajian mendapati bahawa pengambilan flaxseed selama 12 minggu dapat mengurangkan kemerahan pada kulit, meningkatkan hidrasi kulit, mengurangkan kehilangan air dari kulit, mengurangkan kekasaran dan pengelupasan pada kulit.
8. Buah betik
Buah betik bukanlah sesuati yang asing di Malaysia malah buah ini senang ditanam dan didapati di negara ini. Buah betik merupakan sejenis buah yang kaya dengan kandungan vitamin seperti vitamin C dan A, mineral dan komponen anti oksida. Selain itu, enzim papain di dalam buah betik mempunyai sifat anti penuaan di mana ianya dapat membuang sel-sel kulit mati.

9. Kacang walnut
Walnut adalah sejenis kekacang yang mempunyai sumber lemak yang baik iaitu omega 3. Seperti yang pernah dijelaskan di atas, omega tiga mempunyai sifat anti inflamasi kerana kandungan antioksidanya yang tinggi. Antara kebaikan walnut adalah dapat menguatkan membran sel kulit dan melindungi dari kerosakkan matahari.
10. Ubi keledek
Ubi keledek adalah sejenis ubi yang berwarna oren pada bahagian isinya. Ini menunjukkan bahawa ubi ini mempunyai kandungan beta karotin yang tinggi sama seperti yang terkandung di dalam lobak merah. Beta karotin apabila di dalam badan akan ditukarkan kepada vitamin A di mana vitamin A dapat menyebabkan proses penjanaan kulit baru dan meningkatkan keelastikan kulit.
Konklusinya, terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat mencegah penuaan dan mengekalkan awet muda. Pengambilan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan mineral di dalam diet seharian dapat membantu mencegah proses penuaan.
