≡ Menu

Usia Yang Panjang Itu Anugerah Allah Untuk Kita Muhasabah Diri

Tua Itu Anugerah

Setiap kita tidak selamanya muda. Akan sampai masa yang muda menjadi tua. Beruntunglah orang yang sentiasa memanfaatkan usia dengan amal soleh.

Setiap detik usia yang berlalu amat berharga dalam kehidupan kita. Usia yang berlalu tidak akan kembali. Tidaklah datang suatu hari yang baru melainkan ia berkata kepada anak Adam sebagaimana yang diriwayatkan; telah berkata al-Imam Hassan al-Basri,

يا ابن آدم انا خلق جديد وعلى عملك شهيد

فتزود منى بعمل صالح فإنى لا أعود الى يوم القيامه

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Wahai Anak Adam, aku (hari baharu) adalah ciptaan baru. Aku menjadi saksi atas amalanmu. Berbekal lah daripadaku dengan amal soleh. Kerana aku tidak akan kembali sehingga hari Kiamat”.

Kata Imam Al-Ghazali: “Wahai diri, barang daganganku hanyalah umurku ini. Bila dia habis, maka habislah pula modalku dan aku tidak boleh lagi berdagang…. Sekarang satu hari yang baru telah diberikan Tuhan kepadaku dan Tuhan telah berkenan mengundurkan ajalku…. Jangan! Janganlah dipersia-siakan hari yang sehari ini! Setiap tarikan nafas adalah satu permata yang tiada ternilai harganya”.

Justeru, jangan takut dan gelisah menjadi tua, kerana tua itu suatu kepastian.

Jangan khuatir menjadi tua, kerana tua itu bukan hukuman.

Berbahagialah menjadi tua, kerana tua itu anugerah terindah dari Allah.

Bersyukurlah kita mengecapi usia tua, kerana mereka yang mati muda tidak merasakan hari-hari tua.

Bersyukurlah kita mengecapi usia tua, kerana kita diberikan kesempatan untuk bertaubat dan banyak melakukan amal soleh sebagai persiapan bekalan kita di alam sana.

Bersyukurlah kita mengecapi usia tua, kerana banyak waktu untuk bersama dengan ahli keluarga, bersama sahabat, dengan dunia yang Allah ciptakan, bahkan diberi waktu untuk banyak ibadah kepada Allah.

BACA:  Doa Anak Yang Sejuk Mata Memandang

Fizikal boleh jadi sudah renta, tapi semangat, idea, pemikiran, karya, dan cita-cita tidak pernah menjadi tua. Selagi masih diberikan kesempatan melihat matahari dan menghirup udara, selagi kederat masih ada, manfaatkanlah sebaiknya menyumbang khidmat bakti sebagai ibadat buat orang tua seperti kita.

Menjadi tua dan mati adalah suatu kepastian,

Menghadapinya dengan ikhlas dengan melakukan amal dan hal terpuji serta bermanfaat bagi diri, keluarga, sahabat, masyarakat, negara dan agama adalah suatu tindakan yang mulia dan bijaksana.

Alhamdulillah…

bersama kita nikmati umur, kurnia dari Allah SWT.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.