≡ Menu

Vaksin Pneumokokal Bakal Diwajibkan Bagi Kanak-kanak Bawah 2 Tahun


Menurut sumber akhbar pada 6 Oktober lalu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata bahawa vaksinasi Pneumokokal dijangka akan tersenarai dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) di bawah kerajaan baharu ini.

Hal ini seiring dengan manifesto mereka, di mana kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menyediakan vaksin pneumokokal bagi semua kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

KEPENTINGAN VAKSIN PNEUMOKOKAL
Pakar kesihatan berpendapat bahawa vaksin Pneumokokal ini penting terutamanya bagi kanak-kanak 2 tahun ke bawah kerana ia dapat mencegah rangkaian jangkitan-jangkitan pneumokokal, lalu menyebabkan pelbagai jenis jangkitan yang kritikal seperti:

jangkitan / radang paru-paru
meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak)
sepsis (jangkitan dalam darah)
sinusitis (jangkitan pada sinus)
otitis media (jangkitan telinga tengah)
Selain menyebabkan penyakit serius yang disebutkan di atas, ia juga boleh menjejaskan upaya seorang kanak-kanak normal dalam jangka masa panjang hingga mengalami terencat mental, pekak, lembam, dan paralisis. Dalam sesetengah kes, ia mampu membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.

BACA:  Nauzubillah. Dua Jenis Jahil Yang Mintak Mintak Dijauhkan Daripada Kita Dan Ahli Keluarga.

Menurut laporan Free Malaysia Today, setakat Mac 2018 lebih 136 negara sudah memasukkan vaksin Pneumokokal dalam senarai Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) mereka, manakala Malaysia adalah satu daripada 54 negara belum mewajibkan lagi pelaksanaannya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Buat masa ini, vaksin Pneumokokal boleh didapatkan secara berasingan di klinik swasta dengan kadar cas tertentu (harga sekitar RM200-300) bergantung kepada bilangan dos yang diperlukan mengikut usia.

BACA:  Bahayanya Melihat Telefon Bimbit Dengan Postur Kepala Yang Salah

Selain Pneumokokal, antara vaksin tambahan yang boleh didapatkan termasuklah Rotavirus dan Influenza.

TELAH DILETAKKAN SEBAGAI ‘SPECIAL REQUEST’ DALAM BELANJAWAN SETERUSNYA

Tambah Dr Dzulkefly lagi, beliau telah meletakkan vaksin Pneumokokal ini sebagai ‘permintaan khas’ dalam belanjawan seterusnya, dengan peruntukan RM180 juta bagi kohort (kumpulan) kira-kira 500,000 setahun.

Semoga bajet ini diluluskan dan lebih ramai kanak-kanak mendapat perlindungan serta manfaat kesihatan yang berkualiti daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) nanti!

 

*Sumber: Sirap Limau

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.