≡ Menu

Varian Delta Boleh Membiak Di Dalam Hidung. Segera Ambil Vaksin!

TERKINI: 150 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini, 4 Kematian Dicatatkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan mengenai kajian terbaru yang mendapati bahawa varian Delta boleh tumbuh di dalam hidung individu yang telah mendapat suntikan vaksin.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau mengatakan bahawa satu kajian awal dalam kes jangkitan breakthrough menunjukkan varian Delta boleh tumbuh dalam hidung individu yang telah divaksin pada tahap yang sama dengan individu yang belum divaksin.

BACA:  Pentingnya Seorang Anak Mencari Redha Ibunya. Subhanallah

“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksin,” katanya.

Ia bermakna orang yang telah divaksin tetap boleh menyebarkan virus dan menjangkiti orang lain.

TERKINI: 170 Kes Baru COVID-19 Hari Ini, Jumlah Keseluruhan 3,963 Kes
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Kajian yang dijalankan di hospital India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga menunjukkan bahawa terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang individu sama ada mereka telah divaksin atau belum,” katanya.

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan bahawa individu yang telah divaksinasi pasti akan dilindungi daripada jangkitan dan kematian yang teruk serta mengurangkan kemasukkan ke hospital.
Jelasnya lagi, meskipun terdapat kemungkinan varian Delta itu boleh menjangkiti orang lain, individu yang divaksin masih dapat dilindungi daripada gejala yang lebih teruk serta kematian, yang sekali gus mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital dan penggunaan ICU.

“Justeru, sila dapatkan vaksin,” katanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.