≡ Menu

Video Bayi Dibekam Untuk Buang Angin Cetus Kemarahan Netizen

Klip video menunjukkan seorang bayi dikatakan berusia 40 hari mengundang kecaman daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan membekam bayi berkenaan.

Daripada suara video terbabit, bayi itu dibekam bagi tujuan membuang angin didalam badannya.

Menurut satu artikel daripada Dr. Afiq Rahim, bekam tidak sesuai dilakukan ke atas bayi kerana kekurangan kajian klinikal yang membuktikan keberkesanan bekam kepada bayi beserta risiko-risiko lain yang ada pada prosedur bekam.

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa

“Kesembuhan itu berada pada tiga perkara, iaitu minum madu, berbekam dan terapi besi panas(kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan besi panas/kay.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Imam Ibnul Qayyim al-Jauziah rahimahullah mengatakan:

“Hijamah merupakan pemisahan yang berhubungan & berdasarkan kehendak yang diikuti oleh proses pengeluaran darah melalui urat secara total, khususnya urat yang tidak sering dilakukan venesection/al-fashdu (melukai urat vena tertentu dengan menggunakan pisau bedah dengan cara & ukuran tertentu untuk mengeluarkan darah untuk pengobatan). Untuk fasdhu setiap urat memiliki manfaat tersendiri.{Zaadul Ma’aad (IV/55)}.

Kita digalakkan berbekam dengan tujuan untuk mengeluarkan darah kotor dari badan yang dipercayai boleh memberi kemudaratan serta untuk mengurangkan risiko yang menyebab penurunan tahap kesihatan kita[1].

Mekanisme keberkesanan bekam menurut Taibah Theory adalah dengan melancarkan peredaran sistem darah dan sistem limpa menerusi ‘pressure gradient’ dan ‘traction force’ ke atas saluran darah dan limpa di kawasan yang dibekam. [2]

Walaupun hijamah telah wujud beribu tahun lamanya, akan tetapi ianya masih kekurangan konklusi secara sistematik dan kajian saintifik ke atas keberkesanannya kepada kesihatan.

Tambahnya lagi, tidak semua individu boleh melakukan bekam. Terdapat kontraindikasi atau saringan kesihatan sebelum seseorang itu boleh melakukan bekam.

BACA:  Kesilapan Lazim Membaca Al-Fatihah. Ini Cara Yang Betul Membacanya

Respon daripada netizen:

Sumber: Siakap Keli

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.