≡ Menu

[TERKINI] Video dan Gambar Lokasi Pesawat Lion Air

Pasukan SAR Indonesia telah berjaya menemui pesawat Lion Air JT610 setelah menemui beberapa puing dipercayai daripada pesawat. Pesawat itu berada di dalam air dengan kedalaman 30 hingga 35 meter.

“Kita sudah kenal pasti dan berada di kawasan nahas dan menemui beberapa cebisan badan pesawat dan telefon bimbit serta pakain dipercayai milik penumpang, kata Kepala Basarnas Marsdya M Syaugi ketika ditemubual dipejabatnya di Jakarta.

Jumlah total orang yang berada di dalam pesawat disebut 189 orang. M Syaugi belum dapat memastikan bagaimana keadaan penumpang buat masa ini.

Pesawat Lion Air JT 610 dijadual berlepas Jakarta dan sepatutnya tiba di Pangkal Pinang tetapi disahkan terhempas. Sebelum terputus hubungan dan jatuh, pesawat itu sempat berpatah balik ke lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Pesawat sempat meminta return to base sebelum akhirnya hilang dari radar,” kata Kepala Bagian Kerja Sama dan Humas Ditjen Perhubungan Udara, Sindu Rahayu dalam keterangan tertulis.

“Kita sampai sekarang belum tahu itu, apakah masih ada yang selamat, mudah-mudahan ada,” kata M Syaugi.

Ketika ini menurut Syaugi proses menyelamat masih dilakukan. Dia memaklumkan akan memberi laporan terkini mengenai nahas tersebut beberapa jam lagi

BACA:  73 Pintu, 73 Jalan. Sampainya Satu. Ini Maksudnya 73 pecahan umat

Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Soekarno-Hatta, Banten, pada pukul 06.20 waktu Indonesia barat tetapi terputus hubungan pukul 06.33 waktu Indonesia barat.

Pasukan SAR Basarnas sedang melakukan penyelaman di koordinat 05 darjah 90′ 361″ S – 107 darjah 06′ 618″ E untuk mencari pesawat Lion Air JT 610 yang dikhuatiri terhempas dan jatuh di perairan Karawang Jawa Barat.

Gambar: Sutopo Purwo Nugroho

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.