Lokasi kereta yang terhumban ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu telah ditemui pada jam 4 petang hari ini.
Menurut polis, kenderaan Mazda CX-5 terbabit ditemui 15 meter daripada tiang 34 jambatan itu.
Difahamkan, gerakan operasi bagi menaikkan SUV itu akan dilakukan menggunakan kren.
Memetik laporan Bernama, dalam kemalangan pukul 2.54 pagi, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini awal pagi semalam.
Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta.
Laporan lanjut menyusul.
Insiden #JambatanPulauPinang: Lokasi kereta terhumban telah ditemui berhampiran KM 4.0 di tiang 34 pada pukul 4 petang – Polis pic.twitter.com/0FALHO0YxY
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 21, 2019
Sumber : siakapkeli