≡ Menu

Video Viral Pekerja 7-Eleven Enggan Sentuh Arak

HUKUM BEKERJA DI KEDAI SERBANEKA YANG MENJUAL ARAK

SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,

Hukum bekerja di Seven Eleven dan Speed Mart yang menjual arak?

JAWAPAN:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Waalaikumussalam wrm wbt,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Surah al-Maidah, 5:20

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menyebut satu riwayat daripada Abdurrahim bin Ghanm RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وإن الخمر حرام وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ

Maksudnya: Dan sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram.

Hadis riwayat Ahmad (17995) dalam Musnad. Syuaib al-Arnaut berkata hadis ini sahih li ghairih.

Justeru bagi seorang mukmin hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dengan menghindari diri daripada terlibat daripada apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan arak. Ini dikuatkan dengan hadis Anas bin Malik RA:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”

BACA:  Kesan Hasad Kepada Kehidupan Kita. Jauhilah

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (1295) dalam Sunan.

Namun begitu, jika pendapatan seseorang itu bercampur baur antara haram dan yang halal maka menerima harta yang dia beri adalah tidak haram kerana tidak yakin pemberian itu bersumberkan yang haram. Imam al-Suyuti ketika membincangkan kaedah umum fiqh:

اليَقِيْنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan

Beliau memasukkan sebagai faedah, huraian Syeikh Abu Hamid al-Isfirayni  tentang kategori perkara syak yang tidak diketahui atau ditentukan sumber asalnya, “Seperti melakukan transaksi dengan orang yang majoriti hartanya bersumber perkara yang haram dan tidak dapat dipastikan harta yang diperolehi itu dari harta orang tersebut sumber haram, maka hukum transaksi jual beli itu tidak haram kerana ada kemungkinan halal dan sumber haram itu juga tidak dapat dipastikan, tetapi makruh mengambilnya kerana ditakuti terjatuh dalam perkara yang haram”. Rujuk al-Asybah wa al-Nazair (1/74-75).

Justeru kami berpandangan dalam isu bekerja di kedai 7-Eleven, Speed Mart atau di kedai-kedai lain yang seumpama dengannya dalam penjualan arak:

  1. Jika pendapatan yang mereka perolehi ialah daripada hasil jualan barang-barang yang halal dan haram, maka hukumnya adalah tidak haram mengambilnya tetapi makruh.
  2. Jika pekerja itu terlibat dengan jual beli arak itu contohnya di kaunter, maka hukum perbuatan itu adalah haram sekalipun dengan martabat yang lebih rendah daripada meminumnya. Syeikh Mulla Ali al-Qari dalam al-Mirqah Sharh al-Misykah dalam menghuraikan hadis riba: “Mereka sama dari sudut mendapat dosa tetapi berbeza daripada segi tingkatannya.”
  3. Sebaiknya berusaha dengan sebaik mungkin untuk memisahkan kaunter barangan yang halal dan barangan yang haram, atau mengikut pekerja, dan ini adalah tanggungjawab majikan yang perihatin terhadap kebajikan agama para pekerja Muslim.
BACA:  Sah Atau Tidak Solat Jika Terdapat Tisu Atau Handyplast Yang Berdarah Di Dalam Poket

Kami juga mencadangkan agar carilah pekerjaan yang tiada sebarang syubhah kerana ia bersifat lebih aman dan tenang jiwa. Benarlah sabda Nabi SAW:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.

Hadis riwayat Bukhari (52) dan Muslim (20)

Justeru, dengan mencari-cari sumber yang halal dan menjarakkan diri daripada sebarang keraguan, maka sudah tentukan ia menatijahkan lagi kebaikan dan keberkatan dalam hidup.

Wallahua’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Maafkan kami sahabat-sahabat bukan Islam kerana kami sbg orang Islam, kami tidak menyampaikan pemahaman sebaliknya kami mengecam kerana org lain tidak cuba memahami kami.

Salah satu drpd kesalahan (dosa) besar dlm Islam ialah membabitkan diri dengan arak.

Ada 10 perkara yg berkaitan arak yg tidak sepatutnya kami lakukan:

  • buat arak
  • edar arak
  • jual arak
  • beli arak
  • bawakan/tunjukkan jalan dptkan arak
  • minta dibawakan arak
  • tuangkan arak
  • makan hasil jualan arak
  • minta dibelikan arak

Dlm kes ini, pekerja itu sendiri sepatutnya elakkan diri drpd bekerja di tempat yg menjual arak. Tetapi, kita juga faham, pekerjaan juga agak sukar sekarang. Rasanya mereka ini bekerja pun amik syif malam (sama ada mereka pelajar yg belajar waktu siang ATAU mmg buat double job utk sara keluarga).

Cadangan penyelesaian:

  • Kerja tempat lain
  • Tempatkan seorang pekerja non Muslim

Sumber: https://www.facebook.com/ke.on.5

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.