≡ Menu

(Video)“Delhi Sedang Terbakar,” Masjid Dibakar Sebagai ‘Amaran’ Protes Berterusan Di New Delhi

Keganasan yang berlaku di utara-timur Delhi sejak Isnin lalu memperlihatkan 13 orang termasuk Ketua Polis Delhi terbunuh dan beberapa lagi dilaporkan cedera.

Kedai-kedai dan kenderaan telah dibakar apabila kumpulan orang ramai yang mengamuk di Maujpur, Jafrabad dan kawasan-kawasan lain di Timur Laut Delhi.

Menurut laporan Al Jazeera, sebuah masjid juga telah dibakar di ibu kota India, New Delhi disebabkan protes keganasan yang berterusan itu.

Laman web India, The Wire juga melaporkan bahawa penyerang menjerit ‘Jai Shri Ram’ sambil berarak di sekitar masjid yang terbakar di kawasan Ashok Nagar di ibu negara pada selasa semalam.

Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan penyerang juga memanjat ke puncak menara masjid.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Polis mengenakan sekatan ke atas perhimpunan besar di timur laut Delhi kerana laporan menyatakan lebih banyak struktur yang dibakar.

Kekecohan tersebut dilaporkan berlaku di populasi Muslim seperti Karawal Nagar, Maujpur, Bhajanpura, Vijay Park dan Yamuna Vihar, manakala batu-batu dilemparkan di kawasan kejiranan seperti Maujpur.

Delhi sedang terbakar

 

Sumber: HuffingtonpostAl-Jazeera via siakapkeli.my 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.