≡ Menu

Vitamin C dan Penyakit Jantung Koronari

Vitamin C Dan Penyakit Jantung Koronari

Vitamin C adalah satu vitamin yang sangat universal dan mempunyai banyak kelebihannya kepada kesihatan. Malangnya ianya selalu menjadi mangsa prejudis sesetengah ahli perubatan dengan membuat dakwaan kononnya mengambil vitamin C akan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan batu karang. Dakwaan ini sebenarnya tidak benar dan tanpa bukti kajian saintifik yang kukuh dan lebih kepada andaian semata-mata.

Kajian sebenarnya menunjukkan pengambilan vitamin C secukupnya secara optimal adalah sangat penting kepada kesihatan dan boleh memanjang umur seseorang. Kelebihan vitamin C kepada kesihatan bukan sekadar untuk mengurangkan masalah selsema dan batuk. Sebenarnya vitamin C mempunyai kesan positif dan sangat penting untuk kesihatan sistem kardiovaskualr buah pinggang, tulang, sistem pernafasan dan sebagainya.

Malangnya ramai masyarakat kita yang mendapat pandangan yang salah tentang vitamin C dan takut mengambil vitamin C kerana kononnya ia menyebabkan masalah buah pinggang dan batu karang. Dos yang biasanya di sarankan oleh sesetengah doktor hanyalah 75 ke 90mg sebagai dos optimal yang merupakan dos yang sangat kecil dan tidak mencukupi untuk vitamin C benar-benar memberikan manfaat kesihatan yang sepatutnya. Ia hanya cukup untuk mencegah penyakit kekurangan vitamin C iaitu skurvi sahaja.

Vitamin C Dan Penyakit Jantung Koronari - Linus Pauling

Pemenang hadiah Nobel, Prof Dr Linus Pauling adalah individu yang memperkenalkan kepentingan vitamin C kepada masyarakat lebih 40 tahun dahulu. Sejak dari itu, ramai lagi saintis yang telah membuat kajian tentang kelebihan vitamin C kepada kesihatan dan telah di terbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan diseluruh dunia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

VITAMIN C MENYOKONG FUNGSI ENDOTHELIUM DAN MELINDUNGI KESIHATAN JANTUNG

Kajian menunjukkan penggambilan dos vitamin C membantu melindungi kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Vitamin C menjalankan fungsi ini dengan:

  • Menjaga dinding endothelium saluran darah daripada kerosakan disfungsi endothelium (endothelial dysfunction)
  • Mencegah serangan jantung (myocardial infarction; MI)
  • Mencegah pengoksidaan lemak dan kolesterol dalam darah

Saintis telah mula memahami punca bermulanya penyakit kardiovaskular ni secara beransur-ansur adalah di panggil ‘disfungsi endothelium’. Keadaan ini menjadikan dinding saluran darah keras, kematu dan tidak lagi fleksibel apabila berlaku peningkatan pengaliran darah jika di perlukan oleh tubuh.Ia juga menyebabkan tekanan darah meningkat iaitu masalah hypertensi.

Saintis mendapati peningkatan paras asid amino homosistin akan mempercepatkan masalah disfungsi endothelium ini, tetapi pengambilan vitamin C sebanyak 1000mg sehari selama seminggu akan menurunkan kadar tekanan oksidatif dan ini akan melindungi lapisan endothelium saluran darah daripada kesan kerosakan akibat peningkatan paras homosistin.

Vitamin C Dan Penyakit Jantung Koronari Artery

Kajian juga mendapati pemakanan tinggi lemak tidak sihat (trans fat) akan menggangu fungsi endothelium beberapa jamdi kalangan orang yang sihat. Pengambilan vitamin C dan vitamin E didapati oleh mencegah gangguan endothelium ini.

Kajian ke atas pesakit dengan penyakit jantung koronari yang stabil menunjukkan vitamin C akan meningkat keupayaan saluran darah koronari itu mengembang dalam responnya kepada bahan vasodilator yang natural.

Kajian ke atas perokok menunjukkan mereka mempunyai masalah gangguan fungsi endothelium yang lebih tinggi kerana kandungan toksin yang tinggi dalam asap rokok yang mereka hisap. Pengambilan vitamin C menunjukkan ianya mempunyai sifat melawan gangguan fungsi endothelium ini yang di sebabkan oleh tabiat merokok. Pengambilan vitamin C sebanyak 2000mg sehari di dapati boleh membantu mengurangkan 59% kesan kerosakan endothelium ini. Dalam kajian yang hampir serupa di Jerman, penggunaan vitamin C secara suntikan ke dalam saluran darah untuk jangkamasa pendek atau pun pengambilan vitamin C secara oral untuk jangkamasa panjang akan meningkatkan pengaliran darah ke jantung di kalangan perokok. Kajian ini juga menunjukkan pengambilan suplemen vitamin C untuk jangkamasa panjang akan meningkatkan pengaliran darah kepada otot jantung di kalangan pesakit hypertensi (darah tinggi).

Bagaimana sebenarnya vitamin C melindungi el-sel endothelium ini secara khususnya tidak lagi difahami sepenuhnya. Penyelidik berpendapat vitamin C dalam dos yang tinggi mengaktifkan enzim yang terlibat mengurangkan tekanan oksidatif yang menyebabkan masalah disfungsi endothelium .

VITAMIN C MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG KORONARI

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kesan vitamin C melindungi daripada penyakit kardiovaskular. Dalam satu kajian , didapati lelaki yang mengambil vitamin C yang paling tinggi akan mempunyai risiko 66% lebih rendah mendapat penyakit jantung berbanding dengan lelaki yang mengambil vitamin C yang paling rendah selepas di pertimbangkan faktor-faktor risiko untuk penyakit kardiovaskular. Hasil kajian ini adalah sangat penting dan menarik kerana lelaki yang dalam kajian ini adalah perokok semuanya.

Dalam satu kajian meta-analisis yang di buat dalam tempoh 10 tahun, pengambilan suplemen vitamin C dalam dos sekurang-kurangnya 700mg sehari mengurangkan risiko penyakit jantung koronari sehingga 25%.

Vitamin C Dan Penyakit Jantung Koronari

Dalam satu kajian yang lebih panjang yang mengkaji kaitan di antara vitamin C dengan risiko penyakit jantung di kalangan wanita yang menggunakan suplemen vitamin C menunjukkan kadar risiko 28% lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung koronari berbanding dengan wanita yang tidak mengambil suplemen vitamin C lansung. Kajian besar-besaran ini yang di jalankan oleh Harvard Medical School yang melibatkan 85,000 peserta di kalangan jururawat wanita selama 16 tahun. Kajian ini jelas menunjukkan pengambilan vitamin C mengurangkan risiko penyakit jantung selepas di pertimbangkan faktor umur, merokok dan lain-lain faktor risiko berkaitan penyakit jantung koronari. Kesimpulan yang paling ketara daripada kajian ini menunjukkan wanita yang mendapatkan sumber vitamin C daripada sumber makanan semata-mata tidak mengalami pengurangan risiko penyakit jantung yang sebagaimana wanita yang mengambil suplemen vitamin C mengalaminya.Oleh kerana itu, penyelidik dalam kajian ini membuat kesimpulan bahawa pengambilan suplemen vitamin C akan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Satu kajian yang besar yang melibatkan 19,000 orang peserta yang berumur diantara 45 ke 79 tahun. Peserta dengan paras plasma vitamin C yang paling rendah mempunyai kadar kematian lebih tinggi dalam tempoh 4 tahun akibat penyakit kardiovaskular. Selepas di ambil kira umur, tekanan darah, paras kolesterol, tabiat merokok, penyakit diabetes dan penggunaan suplemen didapati peningkatan paras vitamin C dalam darah dengan pengambilan makanan kaya vitamin C seperti sayur-sayuran dan buah-buahan akan menyebabkan pengurangan risiko kematian 20% dari semua punca kematian. Kajian ini telah dilaporkan dalam jurnal perubatan European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition, Lancet tahun 2001.

Satu kajian yang dijalankan oleh UCLA selama 10 tahun menunjukkan dalam populasi penduduk dewasa berumur 25 ke 74 tahun yang mengambil 800mg vitamin C setiap hari mempunyai jangka hayat 6 tahun lebih lama berbanding dengan orang dewasa yang mengambil hanya 60mg vitamin C setiap hari. Ia selepas diambil kira faktor merokok, pendidikan, bangsa, penyakit yang dihidapi dan sebagainya. Pengambilan lebih tinggi dos vitamin C didapati akan mengurangkan kadar kematian di kalangan wanita juga. Kajian juga menunjukkan pengambilan vitamin C yang lebih tinggi akan mengurangkan kematian akibat penyakit kardiovaskular (sakit jantung, darah tinggi dan strok) sebanyak 42% di kalangan lelaki dan 25% di kalangan wanita.

Plak atherosklerotik yang pecah dalam saluran darah akan menyebabkan serangan jantung berlaku yang selalunya menyebabkan kematian mengejut. Kajian ke atas haiwan menunjukkan masalah kekurangan vitamin C yang kronik adalah punca kenapa plak atherosklerotik ini menjadi mudah pecah dan tidak stabil. Di sinilah boleh dibuat kesimpulan kepentingan vitamin C dalam mencegah serangan jantung dan mempunyai paras vitamin C yang optimum akan melindungi kesihatan jantung kita dan menjadikan tempoh hayat lebih lama.

BACA:  Jangan Mudah Panik Jika Rambut Bayi Anda Terkena ‘Cukur Bantal’, Ini Tips Berkesan Untuk Merawat

Kajian juga menunjukkan vitamin C boleh membantu dalam masalah degupan jantung yang tidak normal. Sekarang terdapat ramai pesakit yang mengalami masalah degupan jantung dan ritma jantung yang tidak normal. Ia boleh meningkatkan risiko pembentukan darah beku dalam jantung dan saluran darah yang boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit strok dan serangan jantung. Para saintis berpendapat puncanya adalah kerana tekanan oksidatif dan oleh kerana itu ia boleh dibantu dengan mengambil bahan anti oksidan. Kajian awal menunjukkan pengambilan vitamin C yang merupakan satu bahan bersifat anti oksidan boleh membantu dalam masalah ini. Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan International Journal of Cardiology tahun 2006.

STATUS VITAMIN C BERKAIT RAPAT DENGAN RISIKO SERANGAN JANTUNG

Terdapat kajian terkini yang menunjukkan paras vitamin C yang optimal bukan hanya melindungi daripada penyakit kardiovaskular, tetapi ia juga melindungi daripada risiko serangan jantung (myocardial infection).

Dalam satu kajian di Finland, lelaki pertengahan umur yang tidak ada bukti mempunyai penyakit jantung sebelumnya didapati mereka yang mempunyai masalah kekurangan vitamin C adalah 3.5 kali ganda mendapat serangan jantung berbanding dengan mereka yang mempunyai paras vitamin C yang optimum selepas di ambil kira faktor risiko merokok dan lain-lain. Oleh kerana itu, penyelidik dalam kajian ini membuat kesimpulan bahawa paras vitamin C yang rendah dalam darah adalah faktor risiko untuk penyakit serangan jantung koronari.

Dalam satu kajian lain , peserta kajian dengan paras vitamin C yang tertinggi akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 80% berbanding dengan peserta yang mempunyai paras vitamin C yang paling rendah. Dalam satu kajian di Britain, menunjukkan pesakit yang kena serangan jantung mempunyai paras vitamin C paling rendah berbanding dengan seseorang yang sihat. Oleh kerana itu, mengekalkan paras vitamin C yang optimum dalam darah adalah kunci kepada perlindungan daripada mendapat serangan jantung.

VITAMIN C MENGURANGKAN KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH SERANGAN JANTUNG

Vitamin C bukan hanya mencegah penaykit jantung, ia juga boleh membantu mengurangkan kerosakan jantung akibat serangan jantung dan mengurangkan risiko mendapat serangan jantung kedua.

Dalam satu kajian yang besar ke atas pesakit yang kena serangan jantung, mereka di berikan suplemen vitamin C 1200mg/sehari dan vitamin E 600mg /sehari selama sebulan. Didapati mereka yang mengambil suplemen ini akan mengurangkan risiko 20% mendapat serangan jantung kali kedua dan komplikasi lain akibat serangan jantung. Penyelidik berpendapat, kesan positif ini adalah kerana kesan anti oksidan yang kuat oleh vitamin C dan vitamin E yang mengawal kesan stres oksidatif yang merosakkan sel-sel otot jantung semasa serangan jantung berlaku.

Selepas berlakunya serangan jantung, di sebabkan jantung tidak berfungsi dengan betul maka ia akan gagal untuk mengepam darah secara efektif yang menyebabkan berlakunya masalah tekanan darah rendah (hypotension) dan boleh menyebabkan keadaan yang di panggil kejutan kardiogenik (cardiogenic shock) yang boleh membawa maut. Kajian menunjukkan paras vitamin C dan anti oksidan menjadi terlalu rendah semasa pesakit mengalami ‘kejutan kardiogenik’ kerana otot jantung menggunakan anti oksidan yang banyak untuk melawan kesan kerosakan oksidatif. Kekurangan bahan anti oksidan termasuklah vitamin C juga berkaitan dengan kegagalan memulihkan pengaliran darah dalam saluran darah koronari selepas serangan jantung akut tersebut .

Kajian lain mencadangkan rawatan dengan vitamin C samada di gabungkan dengan vitamin E akan mengurangkan komplikasi dan kesan negatif selepas serangan jantung. Kajian juga menunjukkan vitamin C juga memperbaiki konduksi elektrik otot jantung selepas serangan jantung. Vitamin C juga menurunkan paras faktor pembeku darah yang menjadi punca darah beku yang menyumbatkan saluran darah semasa serangan jantung . Vitamin C juga penting untuk mengekalkan bentuk dan fungsi jantung yang normal.

Kajian juga menunjukkan vitamin C boleh membantu meningkatkan kekuatan untuk bersenam dan stamina selepas serangan jantung. Dalam satu kajian, peserta di berikan suplemen vitamin C 2000mg sebelum bersenam dan ia didapati meningkatkan stamina untuk bersenam. Penyelidik berpendapat ini adalah berpunca daripada kesan vitamin C melawan kesan kerosakan stres oksidatif kepada saraf simpatetik selepas serangan jantung.

Salah satu kesan kerosakan kepada jantung selepas serangan jantung adalah kesan kecederaan ‘ishaemia-reperfusion’ iaitu kesan kecederaan akibat sel-sel otot jantung kehilangan bekalan darah semasa saluran darah tersumbat oleh darah beku. Kesan kecederaan ini menajdikan pesakit jantung akan mengalami rasa sakit pada bahagian dada yang di panggil sebagai ‘angina pektoris’ . Kajian menunjukkan vitamin C boleh membantu mengurangkan kecederaan ini kerana sifatnya sebagai anti oksidan berdasarkan kajian di makmal ke atas haiwan .

Kajian klinikal dan eksperimen makmal mencadangkan vitamin C boleh melindungi jantung daripada masalah saluran darah jantung, masalah degupan jantung (atrial fibrillation) , masalah jantung bengkak (dilated cardiomyopathy) , masalah lemah jantung (congestive cardiac failure) dan gangguan regulasi pengaliran darah dalam jantung .

VITAMIN C DAN PARAS KOLESTEROL DARAH

Masalah atherosklerosis adalah berpunca daripada masalah keradangan kronik pada dinding saluran darah jantung iaitu saluran darah koronari. Kajian terkini menunjukkan kolesterol LDL yang teroksida akan terjadi selepas kolesterol LDL masuk ke dalam dinding saluran darah kerana masalah disfungsi endothelium. Paras kolesterol ‘LDL teroksida’ ini menentukan risiko penyakit jantung koronari sehingga 14 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan mengukur paras LDL sahaja . Ujian kimia menunjukkan vitamin C boleh menghalang pengoksidaan LDL ini sehingga 75% . Ini jelas menunjukkan kepentingan vitamin C sebagai bahan anti oksidan untuk melawan kesan pengoksidaan radikal bebas yang menyebabkan masalah penyakit jantung .

Kajian juga menunjukkan pengambilan vitamin C dan anti oksidan lain akan mengurangkan peroksidasi lemak dan kolesterol selepas serangan jantung. Oleh itu pengambilan vitamin C dan anti oskidan adalah amat penting kepada pesakit yang telah mendapat serangan jantung dan dengan sejarah penyakit kardiovaskular. Kajian menunjukkan vitamin C adalah lebih berkuasa berbanding anti oksidan yang lain dalam mencegah pengoksidaan lemak dan kolesterol.

DOS VITAMIN C YANG DI CADANGKAN UNTUK PENYAKIT JANTUNG

Dos Vitamin C mengikut RDA adalah 75mg untuk wanita dan 90mg untuk lelaki. Dos ini adalah cukup untuk menghalang terjadi penyakit skurvi iaitu penyakit akibat kekurangan vitamin C. Tetapi berdasarkan kajian terkini, dos yang diperlukan untuk mencegah pengoksidaan lemak & kolesterol dan juga mengurangkan risiko penyakit jantung adalah diantara 1000mg ke 6000mg sehari yang boleh diambil selepas makan.

KESIMPULAN

Terdapat beribu-ribu bukti kajian terkini dan juga yang lama menunjukkan kepentingan vitamin C kepada kesihatan umum dan secara khususnya kepada kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular.

Kajian masih lagi dijalankan untuk mendapat bukti kukuh dan konklusif tentang kepentingan vitamin C kepada kesihatan dan pencegahan penyakit kardiovaskular serta mengurangkan risiko serangan jantung. Vitamin C juga adalah penting untuk melindungi saluran darah daripada mendapat masalah atherosklerosis dengan sifatnya sebagai anti oksidan. Paras vitamin C dalam darah boleh menjadi satu indikator kepada risiko penyakit kardiovaskular dan juga survival selepas serangan jantung.

BACA:  Guna Agama Untuk Lariskan Jualan Hand Sanitizer. Apakah Hukumnya?

Vitamin C adalah satu vitamin yang sangat biasa, murah dan mudah didapati tetapi mempunyai kuasa pemulihan dan pencegahan yang sangat kuat dan boleh kita jadikan satu amalan harian untuk kita menjaga kesihatan, Insyaallah.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA (UCSI)
MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)

Rujukan:

1. https://www.lifeextension.com/magazi…/2006/…/report_vitaminc
2. Chambers JC, McGregor A, Jean-Marie J, Obeid OA, Kooner JS. Demonstration of rapid onset vascular endothelial dysfunction after hyperhomocysteinemia: an effect reversible with vitamin C therapy. Circulation. 1999 Mar 9;99(9):1156-60.
3. Plotnick GD, Corretti MC, Vogel RA. Effect of antioxidant vitamins on the transient impairment of endothelium-dependent brachial artery vasoactivity following a single high-fat meal. JAMA. 1997 Nov 26;278(20):1682-6.
4. Tousoulis D, Xenakis C, Tentolouris C, et al. Effects of vitamin C on intracoronary L-arginine dependent coronary vasodilatation in patients with stable angina. Heart. 2005 Oct;91(10):1319-23.
5. Katayama Y, Shige H, Yamamoto A, Hirata F, Yasuda H. Oral vitamin C ameliorates smoking-induced arterial wall stiffness in healthy volunteers. J Atheroscler Thromb. 2004;11(6):354-7.
6. Schindler TH, Nitzsche EU, Munzel T, et al. Coronary vasoregulation in patients with various risk factors in response to cold pressor testing: contrasting myocardial blood flow responses to short- and long-term vitamin C administration. J Am Coll Cardiol. 2003 Sep 3;42(5):814-22.
7. Varadharaj S, Steinhour E, Hunter MG, et al. Vitamin C-induced activation of phospholipase D in lung microvascular endothelial cells: Regulation by MAP kinases. Cell Signal. 2006 Sep;18(9):1396-407.
8. Nam CM, Oh KW, Lee KH, et al. Vitamin C intake and risk of ischemic heart disease in a population with a high prevalence of smoking. J Am Coll Nutr. 2003 Oct;22(5):372-8.
9. Knekt P, Ritz J, Pereira MA, et al. Antioxidant vitamins and coronary heart disease risk: a pooled analysis of 9 cohorts. Am J Clin Nutr. 2004 Dec;80(6):1508-20.
10. Osganian SK, Stampfer MJ, Rimm E, et al. Vitamin C and risk of coronary heart disease in women. J Am Coll Cardiol. 2003 Jul 16;42(2):246-52.
11. Enstrom JE, Kanim LE, Klein MA. Vitamin C intake and mortality among a sample of the United States population. Epidemiology. 1992 May;3(3):194-202.
12. Nakata Y, Maeda N. Vulnerable atherosclerotic plaque morphology in apolipoprotein E-deficient mice unable to make ascorbic Acid. Circulation. 2002 Mar 26;105(12):1485-90.
13. Nyyssonen K, Parviainen MT, Salonen R, Tuomilehto J, Salonen JT. Vitamin C deficiency and risk of myocardial infarction: prospective population study of men from eastern Finland. BMJ. 1997 Mar 1;314(7081):634-8.
14. Lopes C, Von HP, Ramos E, et al. Diet and risk of myocardial infarction. A case-control community-based study. Acta Med Port. 1998 Apr;11(4):311-7.
15. Jaxa-Chamiec T, Bednarz B, Drozdowska D, et al. Antioxidant effects of combined vitamins C and E in acute myocardial infarction. The randomized, double-blind, placebo controlled, multicenter pilot Myocardial Infarction and VITamins (MIVIT) trial. Kardiol Pol. 2005 Apr;62(4):344-50.
16. Senthil S, Veerappan RM, Ramakrishna RM, Pugalendi KV. Oxidative stress and antioxidants in patients with cardiogenic shock complicating acute myocardial infarction. Clin Chim Acta. 2004 Oct;348(1-2):131-7.
17. Matsumoto H, Inoue N, Takaoka H, et al. Depletion of antioxidants is associated with no-reflow phenomenon in acute myocardial infarction. Clin Cardiol. 2004 Aug;27(8):466-70.
18. Bednarz B, Chamiec T, Ceremuzynski L. Antioxidant vitamins decrease exercise-induced QT dispersion after myocardial infarction. Kardiol Pol. 2003 May;58(5):375-9.
19. Morel O, Jesel L, Hugel B, et al. Protective effects of vitamin C on endothelium damage and platelet activation during myocardial infarction in patients with sustained generation of circulating microparticles. J Thromb Haemost. 2003 Jan;1(1):171-7.
20. Gasparetto C, Malinverno A, Culacciati D, et al. Antioxidant vitamins reduce oxidative stress and ventricular remodeling in patients with acute myocardial infarction. Int J Immunopathol Pharmacol. 2005 Jul;18(3):487-96.
21. Kato K, Fukuma N, Kimura-Kato Y et al. Improvement of sympathetic response to exercise by oral administration of ascorbic acid in patients after myocardial infarction. Int J Cardiol. 2005 Oct 20;
22. Eguchi M, Monden K, Miwa N. Role of MAPK phosphorylation in cytoprotection by pro-vitamin C against oxidative stress-induced injuries in cultured cardiomyoblasts and perfused rat heart. J Cell Biochem. 2003 Oct 1;90(2):219-26.
23. Liu P, Xu B, Cavalieri TA, Hock CE. Age-related difference in myocardial function and inflammation in a rat model of myocardial ischemia-reperfusion. Cardiovasc Res. 2002 Dec;56(3):443-53.
24. Baltalarli A, Ozcan V, Ferda B, et al. Ascorbic acid (vitamin C) and iloprost attenuate the lung injury caused by ischemia/reperfusion of the lower extremities of rats. Ann Vasc Surg. 2006 Jan;20(1):49-55.
25. Liu P, Xu B, Cavalieri TA, Hock CE. Attenuation of antioxidative capacity enhances reperfusion injury in aged rat myocardium after MI/R. Am J Physiol Heart Circ Physiol. 2004 Dec;287(6):H2719-27.
26. Korantzopoulos P, Kolettis TM, Kountouris E, et al. Oral vitamin C administration reduces early recurrence rates after electrical cardioversion of persistent atrial fibrillation and attenuates associated inflammation. Int J Cardiol. 2005 Jul 10;102(2):321-6.
27. Korantzopoulos P, Kolettis TM, Galaris D, Goudevenos JA. The role of oxidative stress in the pathogenesis and perpetuation of atrial fibrillation. Int J Cardiol. 2006 Jun 7;
28. Demirbag R, Yilmaz R, Erel O, et al. The relationship between potency of oxidative stress and severity of dilated cardiomyopathy. Can J Cardiol. 2005 Aug;21(10):851-5.
29. Freeman LM, Rush JE, Milbury PE, Blumberg JB. Antioxidant status and biomarkers of oxidative stress in dogs with congestive heart failure. J Vet Intern Med. 2005 Jul;19(4):537-41.
30. Monahan KD, Eskurza I, Seals DR. Ascorbic acid increases cardiovagal baroreflex sensitivity in healthy older men. Am J Physiol Heart Circ Physiol. 2004 Jun;286(6):H2113-7.
31. Tsimikas S, Brilakis ES, Miller ER, et al. Oxidized phospholipids, Lp(a) lipoprotein, and coronary artery disease. N Engl J Med. 2005 Jul 7;353(1):46-57.
32. Chu YF, Liu RH. Novel low-density lipoprotein (LDL) oxidation model: antioxidant capacity for the inhibition of LDL oxidation. J Agric Food Chem. 2004 Nov 3;52(22):6818-23.
33. Nagyova A, Krajcovicova-Kudlackova M, Horska A, et al. Lipid peroxidation in men after dietary supplementation with a mixture of antioxidant nutrients. Bratisl Lek Listy. 2004;105(7-8):277-80.
34. Cobbold CA, Sherratt JA, Maxwell SR. Lipoprotein oxidation and its significance for atherosclerosis: a mathematical approach. Bull Math Biol. 2002 Jan;64(1):65-95.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

x