≡ Menu

Warna-Warni Dalam Makanan, Selamatkah Ia Untuk Dimakan?

Tidak dinafikan, pewarna makanan akan buatkan semuanya nampak menyelerakan. Gula-gula, pencuci mulut dan juga minuman kegemaran kita rata-ratanya mengandungi pewarna tiruan. Namun, adakah semua jenis pewarna ini, terutamanya pewarna merah selamat untuk dimakan?

Namun, ramai ibu bapa risau akan penggunaan pewarna makanan ini kepada anak-anak mereka. Oleh itu, bagi mengetahui sama ada pewarna makanan selamat atau tidak untuk dimakan, jom kita baca penjelasan ini.

Penggunaan warna dalam makanan sudah lama dikaitkan dengan penyakit seperti hiperaktif, ADHD, perubahan perilaku, asma dan juga pembentukan tumor dalam kalangan kanak-kanak.

Malah, ada juga ibu bapa yang mengelakkan pengambilan pewarna kerana khuatir akan kesannya terhadap tumbesaran anak.

Pada zaman ini, pewarna bukan sahaja digunakan di dalam manisan. Makanan seperti sosej, nuget dan pelbagai lagi makanan lain juga mengandungi pewarna.

Malah, penggunaan pewarna makanan telah meningkat sebanyak 500% dalam masa 50 tahun. Kanak-kanak adalah golongan yang paling terkesan dengan pengambilan pewarna.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Penggunaan pewarna merupakan satu topik yang sangat kontroversi.

Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah untuk bantu anda membezakan yang manakah fakta dan yang mana pula adalah auta.

Benarkah pewarna makanan boleh menyebabkan kanser dan hiperaktif?

Pada tahun 1970-an, dunia digemparkan dengan penemuan pewarna merah makanan, atau red dye #2 boleh menyebabkan kanser. Sejak itu, penggunaan pewarna merah makanan ini telah diharamkan.

Malah, pewarna merah makanan yang lain seperti red dye #1 dan red dye #4 juga telah diharamkan penggunaannya tidak lama kemudian.

Namun, red dye #3 masih lagi digunakan secara meluas sehingga hari ini. Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), pewarna lain selain yang telah diharamkan masih lagi selamat untuk dimakan.

BACA:  Matlamat Ramadhan Ialah Taqwa. Rebutlah Di Saat Akhir

Namun, sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2010 menyatakan sebaliknya.

 

Kajian yang dijalankan oleh Center for Science in the Public Interest (CSPI) ini menemui kaitan antara pewarna makanan dengan hiperaktif serta masalah fokus dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya yang menghidap ADHD.

Bukan itu sahaja, kajian yang sama juga mendapati simptom ini dapat dikurangkan jika ibu bapa mengawal atau mengelakkan pengambilan pewarna.

Malah, menurut sebuah kajian yang dilakukan di Australia, hampir 75% ibu bapa menyedari adanya perubahan positif pada perilaku anak setelah pengambilan pewarna dikurangkan.

Secara tidak langsung, semua kajian ini telah membuktikan bahawa pewarna makanan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tumbesaran anak kita!

Contoh makanan yang mengandungi pewarna

Makanan yang berwarna terang seperti gula-gula atau air berkarbonat selalunya mengandungi warna sintetik.

Walau bagaimanapun, pewarna sintetik juga boleh dijumpai di dalam produk lain seperti waffle, marshmallow dan juga krim.

Disebabkan lambakan produk yang mengandungi pewarna tiruan di pasaran, kita dianggarkan mengambil 5 kali lebih banyak makanan yang mengandungi pewarna berbanding tahun 1950-an.

Kanak-kanak juga didapati mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi warna sintetik berbanding orang dewasa. Manakan tidak, kebanyakan makanan untuk kanak-kanak selalunya mempunyai warna yang menarik dan terang.

Antara produk yang mengandungi pewarna ialah:

  1. Minuman berperisa buah-buahan.
  2. Aiskrim.
  3. Gula-gula.
  4. Air berkarbonat.
  5. Krim dan juga dekorasi kek.
  6. Bijirin sarapan pagi.
  7. Yogurt.

Apakah cara terbaik untuk mengelakkan pengambilan pewarna makanan?

Pakar sangat menggalakkan ibu bapa mengurangkan pengambilan produk yang mengandungi pewarna.

Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu banyak produk yang mengandungi pewarna di pasaran, mungkin sukar untuk ibu bapa mengelakkannya 100%.

Namun, ada 4 strategi yang berkesan untuk mengurangkan pengambilan pewarna tiruan:

1. Baca label makanan sebelum beli

Pilih makanan yang menggunakan warna semula jadi daripada buah-buahan atau ekstrak sayur-sayuran. Lakukan pilihan yang bijak dengan membaca label makanan sebelum beli.

Ubat kanak-kanak juga kadangkala mengandungi pewarna makanan. Jadi, cuba pilih versi tanpa pewarna.

2. Buat makanan sendiri di rumah

Cara yang terbaik untuk memastikan makanan anak bebas pewarna adalah dengan memasak sendiri di rumah. Dengan cara ini, ibu bapa mempunyai kawalan penuh terhadap apa yang dimakan oleh anak.

Ada banyak alternatif yang sihat untuk menggantikan pewarna tiruan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh gunakan pewarna semula jadi.

3. Ambil makanan yang segar

Kurangkan pengambilan makanan yang diproses. Makanan jenis ini selalunya mengandungi warna tiruan.

Malah, makanan yang diproses seperti sosej, nuget dan daging burger tidak baik untuk kesihatan. Oleh sebab itu, kurangkan pengambilannya jika perlu.

4. Utamakan makanan yang sihat

Sebagai ibu bapa, anda perlulah menjadi role model untuk anak. Untuk pastikan anak makan makanan yang sihat, ibu bapa perlulah menjadi contoh yang terbaik.

Jelaskan kepada anak mengapa makanan yang diproses, makanan ringan serta makanan yang mengandungi warna tidak sihat untuk badan.

Galakkan juga anak untuk memilih makanan yang sihat berbanding makanan ringan.

BACA:  Tabiat Teh O Ais Boleh Mengundang Penyakit

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.