≡ Menu

Waspada Kongsi Foto Anak-Anak Di Media Sosial. Mata-Mata Banyak Memerhati

Tidak dapat dinafikan dalam era digital sekarang, kanak-kanak tidak terlepas daripada terjerumus dengan perkongsian identiti di media sosial. Justeru, rakyat Malaysia, terutama guru atau pendidik perlu lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di media sosial peribadi mereka apabila ada membabitkan golongan kanak-kanak.

Di Malaysia, belum ada lagi undang-undang khusus mengenai pelanggaran hak peribadi kanak-kanak dalam bentuk akta atau peraturan terutamanya hak mereka di alam digital.

Peningkatan perkongsian memaparkan kanak-kanak atau pelajar dalam media sosial perlu dipandang serius pihak berwajib. Hal ini boleh menjadi faktor pendesak untuk Malaysia mewujudkan akta khas seperti Children Online Privacy Protection Act (COPPA) di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, garis panduan khusus untuk guru berkongsi kandungan di media sosial perlu diwujudkan dengan tumpuan utama adalah perlindungan hak dan kerahsiaan pelajar dan kanak-kanak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.