≡ Menu

Work From Home, Asyik Bekerja Sampai Sakit Tengkuk. Ini Yang Anda Perlu Tahu

Dek kerana lambakan kerja tubuh badan menanggung beban terutama di bahagian tengkuk, acap kali rasa lenguh-lenguh di tengkuk membuatkan diri berbolak-balik sama ada perlu atau tidak untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Jadi macam mana nak tahu sama ada perlu atau tidak, untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana masalah tengkuk ini? Jom cari jawapannya di bawah bersama penulis.

Tidak Melakukan Senaman Tengkuk

Ia mungkin kedengaran ganjil tetapi bayangkanlah bertahun-tahun kamu sibuk bekerja, tengkuk kamu juga menanggung beban dan akhirnya menyebabkan tengkuk sentiasa berasa sakit dan lenguh-lenguh.

Akibat bertahun-tahun tidak mengurut tengkuk, beban yang terkumpul secara tidak sedar boleh menjejaskan kesihatan di bahagian tengkuk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Oleh itu, kamu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesihatan di bahagian tengkuk kamu.

Rasa Sakit Hingga Ke Lengan Atau Kaki

Jangan ambil remeh jika kamu sering mengalami rasa lenguh dan sengal di bahagian tengkuk, ini kerana rasa sakit ini akan lama-lama memberi tekanan pada urat saraf di bahagian lengan atau kaki.

BACA:  ‘Cukup..’ Ibu Acap Minta Rakyat Malaysia Sedekahkan Ayat Kursi Malam Ini

Nah, apabila ini berlaku kamu perlu segera melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan di hospital.

Rasa Sakit Di Tengkuk Yang Berpanjangan

Kamu perlu beri perhatian jika masalah rasa sakit di tengkuk berlanjutan lebih dari dua ke tiga minggu, dinasihati agar kamu membuat pemeriksaan.

Ini kerana sekurang-kurang kamu dapat tahu dengan lebih awal, apa yang menyebabkan tengkuk kamu mengalami masalah ini berpanjangan.

Berlaku Kemalangan Atau Kecederaan

Masalah sakit tengkuk atau lenguh-lenguh akan menjadi lebih teruk jika berlaku kemalangan atau kecederaan di bahagian tengkuk, maka kamu perlu membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan dengan segera.

Tips Pencegahan Yang Perlu Tahu

Tiada siapa mahu masalah tengkuk seperti ini mengganggu prestasi kerja di masa akan datang, ada beberapa tips pencegahan yang boleh kamu ikuti.

  • Ais pek – guna ais pek dan tuamkan di tengkuk selama 15 minit bagi melegakan rasa sengal dan melegakan tengkuk, lakukan cara ini sebanyak tiga kali atau lebih untuk satu hari.
  • Renggangan – buat renggangan dengan menggerakkan kepala ke kiri, ke kanan, ke atas, dan ke bawah. Lakukan pergerakan ini secara perlahan-lahan.
  • Urutan – urut bahagian tengkuk dengan kerap bagi melegakan urat tengkuk yang tegang.
  • Postur badan – bagi mengurangkan masalah tegang, sengal dan lenguh di bahagian tengkuk, kamu perlu pastikan postur badan adalah betul dan pandangan mata pada tahap yang setara.
BACA:  Bacalah Selalu Al-Quran Agar Kita Sentiasa Dalam Kesedaran, Bukan Kealpaan

Jika pada ketika ini kamu mengalami masalah sakit tengkuk dan ianya telah berlanjut lama atau kamu mengalami masalah seperti dinyatakan di atas, maka digalakkan agar kamu segera membuat temujanji bersama doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Semoga maklumat yang dikongsikan memberi manfaat kepada kamu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.