≡ Menu

Wuduk & Hukum Yang Berkaitan

Fadhilat Berwudhuk

Dari Abi Hurairah ra adalah Rasulullah saw bersabda :

« إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ – أَوِ الْمُؤْمِنُ – فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ – أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ – فَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ – أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ – فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلاَهُ مَعَ الْمَاءِ – أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ – حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوبِ ».

artinya : “Apabila seorang Muslim atau Mukmin mengambil wuduk kemudian dia membasuh mukanya maka akan keluar dari mukanya serta air-air yang menitik dari mukanya itu segala kesalahan yang dia telah lakukan dengan pandangan kedua matanya. Apabila dia membasuh pula akan kedua tangannya maka akan keluar dari kedua tangannya bersama air tersebut segala kesalahan yang telah dia lakukan dengan kedua tangannya. Apabila dia membasuh kedua kakinya maka akan keluar bersama air tersebut segala kesalahan yang dia pernah lakukan dengan kedua kakinya sehingga akhirnya dia akan keluar dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hadith Muslim)

Dari Humran bekas hamba Uthman bin ‘Affan ra. Humran berkata :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ وَهُوَ بِفِنَاءِ الْمَسْجِدِ فَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ عِنْدَ الْعَصْرِ فَدَعَا بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ قَالَ وَاللَّهِ لأُحَدِّثَنَّكُمْ حَدِيثًا لَوْلاَ آيَةٌ فِى كِتَابِ اللَّهِ مَا حَدَّثْتُكُمْ إِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « لاَ يَتَوَضَّأُ رَجُلٌ مُسْلِمٌ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ فَيُصَلِّى صَلاَةً إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الصَّلاَةِ الَّتِى تَلِيهَا ».

artinya : Aku mendengar Uthman bin Affan ra ketika dia berada di halaman masjid kemudian datang seorang mu’adzin dekat waktu Asar hampir tiba. Maka Uthman meminta diambilkan air wuduk lalu dia berwuduk. Setelah itu dia berkata, “Demi Allah, sungguh aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadith. Kalaulah bukan karena suatu ayat di dalam Kitabullah niscaya aku tidak akan menyebutnya kepada kamu semua. Aku mendengar Rasulullah saw telah bersabda, ‘Tidaklah seorang muslim berwuduk dan mengelokkan wuduknya kemudian mengerjakan salat melainkan Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya sejak saat itu sampai salat yang berikutnya.’.” (Hadith Muslim)

Dari Uthman bin ‘Affan ra adalah Rasulullah saw bersabda :

BACA:  Bila Suami Isteri Bersentuhan Ketika Ada Wuduk, Batal Atau Tidak Wuduk Sebenarnya

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ .

artinya : “Barang siapa yang berwuduk dan mengelokkan wuduknya, maka akan keluarlah dosa-dosa dari badannya sehingga ia keluar dari bawah kuku-kukunya.” (Hadith Muslim)

Rukun-Rukun Wuduk

Arti rukun ialah perkara yang mesti dikerjakan dan jika tidak dikerjakan sekalipun dengan tidak sengaja maka tidak sah wuduk.

Firman Allah swt :

إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى المرافق وامسحوا برؤسكم وأرجلكم إلى الكعبين

artinya : “Bila kamu sekelian hendak mendirikan salat maka basuhlah muka-muka kamu dan basuhlah akan kedua tangan kamu sampai ke siku dan sapulah kepala-kepala kamu dan basuh pula kedua kaki kamu hingga sampai ke buku lali.” (Al-Maidah : 6)

Rukun Pertama : Niat

Wuduk tidak sempurna kecuali dengan niat. Niat dikira cukup dengan niat bersuci dari hadas atau niat mengambil wuduk.

Niat disisi agama adalah menyahajakan sesuatu dengan disertakan melakukan sesuatu itu. Tempatnya berniat ialah didalam hati yakni hati menyehajakan untuk melakukan wuduk. Tujuan berniat adalah untuk membezakan antara ibadah dengan kebiasaan.

Hukum Niat

Allah swt telah berfirman :

وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين

artinya : “Tidaklah mereka diperintahkan kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan bagi-Nya dalam beragama” (Al Bayyinah : 5)

Sabda Rasulullah saw :

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ

“Amal-amal itu ialah dengan berniat”

Jadi hukum berniat ketika wuduk adalah wajib. Dari kerana wuduk itu ibadah, maka wajib di dalamnya untuk ikhlas karena Allah, yang merupakan pekerjaan hati yaitu niat.

Waktu Niat

Waktu untuk berniat wuduk ialah ketika mula membasuh muka. Maka bolih sahaja berniat sejak air kena pada bahagian mana2 pada muka samada pada dahi, pipi atau lain.

Tidak sah niat sebelum memulakan wuduk atau selepas membasuh muka atau selepas selesai berwuduk.

Bentuk Niat

Contoh niat untuk berwuduk ialah dihadirkan didalam hati ketika membasuh muka :

”sahaja aku mengambil wuduk”

atau

“sahaja aku berwuduk”

atau

“sahaja aku mengangkat hadas yang kecil”

atau yang seumpamanya.

Rukun Kedua : Membasuh Muka

firman Allah :

فاغسلوا وجوهكم

artinya : Maka basuhlah muka-muka kamu..

Yang termasuk dalam bagian muka ialah dari awal tumbuhnya rambut pada awal dahi sampailah ke hujung dagu. Dan lebarnya pula ialah dari anak telinga kanan sampai ke anak telinga kiri.

BACA:  Dua Nikmat Yang Sering Memperdaya Manusia. Ia Dinyatakan Dalam Hadis Riwayat Al-Bukhari.

Maka wajiblah dibasuh dengan air sampai rata semua yang termasuk dalam bahagian muka tersebut seperti dahi, mata, hidung, pipi, mulut dan dagu.

Dan wajib pula membasuh semua bulu yang ada pada bahagian muka seperti bulu kening, bulu mata, misai dan janggut.
Tidak wajib basuh bahagian dalam mata, dalam hidung dan dalam mulut.

Rukun Ketiga : Membasuh Tangan

Firman Allah :

وأيديكم إلى المرافق

artinya : dan basuh kedua tangan kamu sampai ke siku..

Bahagian tangan yang wajib dibasuh ialah dari hujung jari hinggalah ke siku.

Wajib dibasuh dengan air hingga ratalah segala hujung jari, tapak tangan, lengan dan siku.

Dan wajib pula dibasuh semua bulu-bulu yang ada pada tangan dan celah-celah kuku atas dan bawah yang tidak melekat pada hujung jari.

Rukun Ketiga : Menyapu Kepala

Firman Allah :

وامسحوا برؤسكم

artinya : dan sapulah kepala-kepala kamu..

Arti sapu ialah mengenakan air pada mana-mana bahagian kulit kepala atau rambut.

Sah sapu hanya pada mana-mana dari kulit kepala sahaja dan sah juga hanya menyapu kepada mana-mana rambut sahaja dengan syarat semuanya berada dalam sempadan kepala.

Jika seorang yang memakai serban atau kopiah dan disapunya air pada sedikit dari bahagian kepala atau rambut tanpa membuka serban atau kopiahnya maka sudah sah.

Begitu juga sah seorang wanita yang tidak membuka tudungnya hanya disapu air kepada bahagian kepala atau rambut dari dalam tudungnya.

Rukun Keempat : Membasuh Kaki

Firman Allah :

وأرجلكم إلى الكعبين

Artinya : Dan basuhlah kaki-kaki kamu sehingga buku lali..

Bahagian kaki yang wajib dibasuh ialah dari hujung jari-jari kaki sehinggalah dua buku lali.

Maka wajib dibasuh semua yang ada pada bahagian tersebut daripada jari, kuku, tapak, tumit dan buku lali.

Keterangan

– Jika ada umpama balutan atau tampalan pada mana-mana bahagian anggota wuduk sebab luka atau lainnya maka wajiblah disampaikan air kepada tempat tersebut dengan cara ditanggalkan balutan atau tampalan tersebut sekejap atau bolih juga dibasuh air dari atas balutan jika memang sampai air kepada kulit.

– Bahagian anggota wuduk yang terluka yang pedih jika kena air bolih dibasahkan dengan cara sapu kain yang basah ke tempat tersebut kemudian dilapkan segera dengan umpama tuala.

Wallahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.