≡ Menu

Ya Allah Selamatkan Kami Dari Ujian BeratMu Pada Tahun 2021. PBB Beri Amaran Tahun 2021 Mungkin Lebih Teruk Daripada Tahun 2020

Ketika dunia masih lagi bergelut untuk menangani pandemik COVID-19 yang menjadikan tahun 2020 penuh cerita duka, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran 2021 mungkin menjadi tahun yang lebih teruk.

Menurut Forbes, beberapa pegawai tinggi di PBB berkata, 2021 mungkin menjadi paling teruk dalam sejarah jika mengambil kira dari sudut bencana kemanusiaan sejak 75 tahun penubuhannya.

Jumaat lepas, Pengarah Program Makanan Dunia, David Beasley berkata, 2021 ‘pasti akan menjadi bala bencana’ dan menyebabkan berlakunya bencana kemanusian paling dahsyat pernah disaksikan dengan masalah kebuluran ‘mengentuk pintu’ setidak-tidaknya 12 buah negara.

”Kita tidak mampu untuk menyediakan dana bagi semua perkara, jadi kita perlu menetapkan keutamaan ketika ini.

BACA:  Selain Untuk Masakan, Ini Kegunaan Kulit Kayu Manis Yang Tak Ramai Tahu

”Seperti yang anda tahu, situasi sekarang ini seolah-olah ‘ada iceberg di depan Titanic’,” katanya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pegawai-pegawai ini juga menyuarakan kebimbangan dengan situasi negara-negara miskin yang mana dilihat ketinggalan dalam persaingan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Dalam perkembangan yang berbeza, Koordinator Bantuan Kecemasan dan Hal Ehwal Kemanusian PBB, Mark Lowcock berkata, pihaknya membentangkan kepada PBB satu ‘perspektif paling kelam dan paling gelap dari sudut bantuan kemanusiaan dalam tempoh masa yang ditetapkan’ menjelang 2021.

Menurut beliau, impak ekonomi akibat COVID-19 sudahpun menyebabkan jutaan penduduk dunia jatuh miskin dan turut memberi amaran, beberapa konflik yang berlaku serta perubahan iklim boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

Dianggarkan, sekitar 250 juta penduduk dunia memerlukan bantuan kemanusian tahun depan, peningkatan kira-kira 40 peratus berbanding tahun ini.

BACA:  Kebenaran Solat Jemaah, Jumaat Dan Ibadah Haji Akan Diketahui Khamis Ini – Dr Zulkifli

Lowcook berkata, dunia juga perlu diberi amaran mengenai kesan akibat kebuluran pada 2021 dimana keadaan itu boleh mencetuskan peperangan di beberapa kawasan.

PBB setakat ini sudahpun mengeluarkan dana sebanyak USD 100 juta bagi menangani masalah kebuluran di beberapa buah negara antaranya Afghanistan, Burkina Faso, Kongo, Nigeria, Sudan Selatan dan Yamen yang menjadi negara penerima bantuan paling besar, sebanyak USD 30 juta.

Banyak kawasan di negara-negara ini sudah sekian lama menghadapi masalah jaminan sumber makanan dan kehadiran COVID-19 menyebabkan malapetaka lebih besar menimpa.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.