≡ Menu

Bahayanya Makanan Diproses, Makanan Bergula. Ini Kesan Terhadap Tubuh Badan

Makanan berproses, minuman berkarbonat, kek dan pelbagai lagi juadah makanan yang tinggi dengan gula bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Bukan senang ya nak kawal godaan daripada makanan yang manis-manis ini.

Namun, kandungan gula berlebihan terutamanya gula putih dalam badan dapat menjejaskan sistem tubuh badan manusia.

Sambung balik telenovela gula putih sebab ramai tanya gula putih ni baik ke tak baik sebenarnya.

Gula putih perlukan sejumlah besar air untuk buang daripada sistem badan. Tambah yang ada masalah paras gula tinggi. Main pulun organ nak buang.

Badan cuba yang terbaik untuk halau keluar gula berlebihan daripada darah melalui air kencing. Sayangnya tuan punya badan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Gula putih bagi tekanan dekat pankreas dan hati. Oksigen otak kebuluran.

Terlalu banyak gula dari masa ke masa bentuk ‘insulin resistance’. Sebab ni pankreas kena kerja OT. Kerja lebih kuat sampai burnout.

ANTARA KESAN GULA PUTIH PADA TUBUH BADAN

Kesan gula putih ni saya tak perlu nak ulas panjang.

  • Kebotakan.
  • Rosak saraf.
  • Defisit perhatian.
  • Rosak gigi.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Hilang tulang tumpat.
  • Katarak.
  • Glaucoma.
  • Diabetes.
  • Nyanyuk.
  • Gagal buah pinggang.
  • Hiperaktif.
  • Arthritis.

KOLAGEN PADA KULIT BOLEH TERJEJAS

Gula putih rosakkan kolagen. Elastin. Kesannya, penuaan pramatang. Parut susah hilang. Kedut mengedut. Kulit tua kusam.

MEMORI OTAK JADI LEMAH

Otak? Jahanamkan sel otak. Ganggu hippocampus. Prestasi menjunam jatuh. Sebabkan disfungsi otak hingga kucar kacir. Memori melemah.

BACA:  Fadhilat Mengamalkan Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seharian Kita. Insya'Allah, Sama-Samalah Kita Amalkan

Kerap disuap gula. Anak bila belajar palui (kurang cerdik). Sifir mudah susah nak ingat. Palui ni bahasa orang Brunei. Nak tahu maksud silakan google.

BUAH PINGGANG TERJEJAS

Paras gula meninggi dalam darah, sebabkan saluran halus dalam penapis buah pinggang jadi sempit dan tersumbat. Tanpa darah cukup, buah pinggang mula merana.

Protein albumin yang lalu ikut penapis buah pinggang ni akan sampai ke tempat yang tak sepatutnya. Sistem tapis buah pinggang merosak. Akibat ke pusat homeodialisis la jawabnya.

STROK JANTUNG

Jantung? Enjin utama badan. Keraskan pembuluh darah. Akhirnya, terima anugerah penerima strok jantung.

SAKIT SENDI

Sendi kena inflammation. Akibatnya, muncul protein cytokines. Undang osteoarthritis. Mulalah mulut potpet potpet ngadu sakit urat sakit sendi.

BACA:  Doa Sebelum Naik Kapal Terbang

PROSES GULA PUTIH PERLUKAN 4 PANKREAS

Nak proses gula putih ni perlukan 4 pankreas. Manusia ada 1 pankreas jer. Boleh bayangkan.

Bila ada masalah macam saya cakap tadi, kena cermin balik gaya pemakanan. Sedar ke tak sedar.

Makanan tak perlu manis-manis yer. Bak kata, tuan punya badan dah cukup manis

Tidak salah makan makanan yang manis, tetapi perlulah berpada-pada. Jika badan tidak ambil makanan manis pula, akan memudaratkan sistem badan manusia. Badan juga memerlukan gula untuk sel-sel di dalam badan mempunyai tenaga dan menjalankan fungsinya.

Justeru itu, anda perlu bijak mengimbangi sumber pemakanan anda. Semoga bermanfaat.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.